Pemain pertahanan Manchester City, Kolo Toure bakal meninggalkan kelab selepas pengurus Bursaspor, Ertugrul Saglam mendedahkan kelab Turki itu sedang berunding untuk membelinya.
Toure, 31, mendatangkan kos kepada City sekitar £18 juta semasa mereka membelinya dari Arsenal pada 2009 namun dengan bek tengah ini dilaporkan menerima gaji mingguan £90,000, kelab berminat untuk melepaskannya bagi mengurangkan beban bil bayaran gaji. Di belakang Vincent Kompany dan Joleon Lescott dalam pemilihan pemain pasukan utama, pemain Ivory Coast ini hanya melakukan lapan permulaan kesebelasan utama liga musim lepas dan kini bakal menyertai penjaga gol Scott Carson di Bursaspor. "Kami telah berbincang dengan Kolo Toure sejak dua hari lalu, ia akan menjadi antara perpindahan paling penting untuk diselesaikan oleh sebuah kelab Anatolian," ujar Saglam. "Memang tiada apa yang belum pasti sehingga beliau menandatangani kontrak bagaimana pun kami berkerja keras untuk memuktamadkan perjanjian." |
Sabtu, 14 Julai 2012
Bursaspor Berunding Dapatkan Toure
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan