Ahad, 15 Julai 2012

Fletcher belum boleh kembali


Ferguson sahkan Fletcher belum bersedia.

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson kini mengesahkan midfielder Scotland, Darren Fletcher masih belum boleh memulakan latihan sejak dia kembali daripada masalah kronik di usus.

Fletcher, 28, berehat sejak Disember 2011 apabila diumumkan bahawa dia akan diketepikan akibat masalah, yang telah mempengaruhinya sejak musim terdahulu.

Namun, Ferguson bertegas yang kelab akan memberikan midfielder itu "semua masa yang dia perlu" untuk pulih daripada masalah kesihatannya.

"Dia belum mula berlatih bersama kami," jelas bos United. "Dia jelas ada banyak cabaran yang hebat di masa hadapan. Kami gembira bersabar tetapi dia tak akan memulakan musim ini."

"Kurang bernasib baik kerana dia adalah profesional yang mengagumkan dan pemuda yang bagus. Jika ia tak menjadi untuk dia, dia tahu dia mempunyai kedudukan di kelab."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan