Ahad, 15 Julai 2012

Anderson teruja untuk pergi


Anderson gagal menyerlah di Man Utd sejak tiba di kelab.

Midfielder Manchester United, Anderson yakin dia kembali ke kecergasan penuh dan bersiap sedia untuk apa yang dilihatnya sebagai musim paling penting dalam kariernya.

Pemain warga Brazil itu menjadi pemain regular skuad United musim lepas sehingga dia diketepikan akibat kecederaan lutut pada bulan November, dan masalah hamstring seterusnya menyaksikan dia membuat tiga penampilan pada 2012.

Namun Anderson, 24, kembali dalam latihan pra-musim dan berazam membuat kemunculan hebat ketika United mahu merampas kembali gelaran Liga Perdana daripada rival, Manchester City.

"Saya mulakan musim lalu tanpa masalah tetapi kemudian mula sakit lutut," kata Anderson di laman web rasmi kelab. "Ia hanya salah satu daripada isu, sesetengah pemain tercedera dan yang lain tak. Malang itu berlaku kepada saya, tapi saya hanya fokus dan kerja keras ketika saya mungkin kembali."

"Dan apabila kembali, saya rasa semuanya baik, tapi kemudiannya ada nasib yang lebih buruk. Saya hanya fokus kepada kekal cergas sekarang dan buat yang terbaik untuk bekerja keras dan memberikan 100% kepada pasukan. Saya berlatih selama beberapa hari dan saya berasa baik. saya ada percutian yang bagus dan saya tiada masalah dengan kaki saya."

"Musim ini sangat penting yang saya tiada sebarang kecederaan lagi. Saya perlu buktikan apa yang saya boleh buat. Saya tahu bos dan rakan sepasukan percaya dengan saya, saya baru sahaja mempunyai nasib malang. Saya ingin memperbaiki seberapa banyak yang mungkin dan membantu memenangi piala."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan