Ahad, 15 Julai 2012

Laudrup:Allen takkan ke mana-mana


Allen mahu dikekalkan Laudrup di kelab.

Michael Laudrup telah dengan jelas menyebut yang dia tidak akan menerima sebarang minat terhadap pemain terbaik Swansea dan dia berazam untuk mengekalkan Joe Allen.

Midfielder, Allen telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool walaupun Brendan Rodgers telah bersetuju untuk tidak mengambil pemain dari bekas kelabnya.

Dan Laudrup kini telah meredakan spekulasi tersebut yang mencadangkan pemain kebangsaan Wales itu bakal menuju jalan keluar daripada Liberty Stadium, dan menegaskan Allen kekal pemain penting dalam pelan kelab itu untuk masa depan.

"Saya mahu Joe kekal di sini kerana dia seorang yang sangat penting kepada pasukan. Setakat yang saya tahu, kami tak dengar apa-apa lagi daripada Liverpool," kata bos baru Swans itu.

"Jika ia lebih dari sekadar khabar angin maka saya pasti pengerusi akan bincang tentangnya dengan saya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan