Ahad, 15 Julai 2012

Mach Sekali Lagi Dipinjamkan



Macheda bakal dipinjamkan semula ke kelab lain

Kepulangan Federico Macheda ke Manchester United hanya akan menjadi persinggahan sementara – dengan satu lagi kontrak pinjaman semusim sedang menanti. 

Pemain muda Itali berusia 20 tahun itu gagal menempatkan dirinya dalam pasukan utama di Old Trafford meskipun membuat debut kemenangan yang diingati menentang Aston Villa tiga tahun yang lalu, di mana ia telah membantu Reds Devils memenangi liga.

Sejak dari itu beliau telah dipinjamkan ke Sampdoria dan QPR, di mana beliau hanya sempat bersama dua bulan di situ sebelum kecederaan buku lali telah memendekkan kontraknya.

Kini pengurus United, Alex Ferguson akan menyediakan beliau untuk pinjaman ke kelab Liga Kejohanan – sebaik saja beliau dapat berbincang dengan penyerang itu mengenai masa depannya.

Kegagalan untuk menjual penyerang Bulgaria berharga £31 juta, Dimitar Berbatov — yang kini bersiap-sedia untuk menamatkan baki tahun dalam kontraknya – membuatkan Macheda sekarang menjadi penyerang pilihan kelima di United.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan