West Ham United mengesahkan mereka berminat menandatangani striker milik Liverpool, Andy Carroll secara pinjaman semusim.
Carroll, 23, ditandatangani Liverpool dari Newcastle pada nilai £35 juta pada 2011 tetapi kemudiannya bergelut, menjaringkan enam gol Liga Perdana dalam 42 penampilan. Namun, prestasinya bertambah baik menjelang hujung musim lalu dan kini dalam perhatian England berikutan tandukan hebatnya menentang Sweden di Euro 2012.
Laporan baru-baru ini berkata The Reds terbuka membenarkan Carroll keluar musim panas ini, dengan pengurus baru, Brendan Rodgers dalam keraguan tentang masa depan striker itu di Anfield.
Kelab Serie A, AC Milan menyebut Carrol sebagai calon berpotensi untuk menandatanganinya, walaupun pertanyaan masih belum disahkan.
Namun, The Hammers kini membuat tawaran pinjaman semusim, dan sumbernya berkata, "West Ham melihat peluang mereka mendapatkan Carroll secara pinjaman serendah 10%, namun anda tak akan tahu."
Pemilik bersama West Ham, David Gold berkata, "Saya tak sedar apa-apa rundingan antara kami atau Liverpool tentang Andy Carroll. Tapi bukan bermakna kami tak berminat jika dia bersedia."
|
Jumaat, 13 Julai 2012
West Ham mahu pinjam Caroll
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan