Jumaat, 13 Julai 2012

Tiada Persetujuan Dengan Chelsea Atau Yang Lain



Hulk belum sahkan masa depannya.

Penyerang Porto, Hulk menegaskan tiada persetujuan perpindahan musim panas ke Chelsea.
 
Juara Liga Juara-juara itu acapkali dikaitkan dengan penyerang antarabangsa Brazil tersebut yang enggan memberikan komitmen masa depannya terhadap the Dragao sejak beberapa minggu lepas.
 
Perpindahan ke Liga Perdana Inggeris telah disahkan oleh ejen Hulk namun pemain berusia 25 tahun itu tidak terdesak untuk mengetahui di mana letak masa depannya ketika bersiap-sedia bermain untuk negaranya di Sukan Olimpik.
 
"Tiada perjanjian dengan Chelsea atau kelab lain," ujar Hulk. "Saya ada empat tahun lagi dalam kontrak saya dengan Porto dan saya sedang fokus untuk pasukan kebangsaan saya. Saya tidak bercakap dengan sesiapa pun."
 
"Seperti yang diketahui umum, saya tidak mahu terlibat dengan perkara sebegini kerana ia menganggu fokus anda. Ejen saya menguruskan perkara sebegini."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan