Ketua Schalke, Clemens Tonnies telah mendedahkan yang kelab itu telah menarik diri daripada perjanjian buat midfielder Tottenham, Rafael van der Vaart, memberi laluan buatnya kembali ke Hamburg.
Van der Vaart, 29, akan dibenarkan meninggalkan Spurs musim panas ini kerana dia tidak sesuai dengan pelan pengurus baru, Andre Villas-Boas ketika pengurus Schalke, Huub Stevens bulan lalu mendakwa yang pemain kebangsaan Belanda itu akan menjadi seorang pembelian yang bagus.
Namun, Tonnies kini telah menarik diri daripada perbincangan selepas mereka gagal bersetuju dengan kontrak yang boleh mencapai sekitar £70,000 seminggu selain bonus yang sedang diterimanya sekarang.
"Jika kami memang sangat mahukannya [Van der Vaart], maka kami pasti akan dapatkannya," kata Tonnies. "Namun ia tak masuk akal kerana kami jauh tak selari, topik ini dah berakhir."
Pengurus besar Schalke, Horst Heldt, menambah: "Van der Vaart ada kualiti tinggi namun walaupun dengan ciri ini, dia tak sesuai dengan keperluan kami dalam beberapa perkara."
Frank Arnesen, pengarah sukan Hamburg, telah mendedahkan yang dia berminat untuk menandatangani Van der Vaart, yang bermain di kelab itu selama tiga tahun sebelum menyertai Real Madrid pada 2008 untuk €13 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan