Khamis, 12 Julai 2012

Sao Paulo kecam Inter Milan berhubung Lucas


Sao Paulo melancarkan kecaman hebat terhadap Inter Milan, ketika kelabItali itu bersaing dengan Manchester United untuk menandatangani remaja Brazil, Lucas Moura.
 
United menghantar delegasi untuk berunding dan berharap dapat memeteraiperjanjian £30 juta sebelum pemain berusia 19 tahun itu menuju ke London dengan skuad Olimpik Brazil.
 
Presiden Inter, Massimo Moratti mengesahkan yang dia akan 'kekal berharap sehingga akhir' untuk menandatangani Lucas dan ejen playmaker itu telah menyuarakan tentang tawaran £20 juta.
 
Namun, pengarah bola sepak Sao Paulo, Joao Paulo de Jesus Lopes mengejek rancangan itu dan mempersoalkan motif mereka.
 
"Tiada tawaran (rasmi), walaupun ia akan hadir, jumlah ini tak masuk akal," katanya.
 
"Bagaimana anda boleh bayar €25 juta (£20 juta) bagi pemain berkualiti seperti Lucas?"
 
"Bola sepak Itali sudah musnah, kelab (Inter) hancur. Nampaknya mereka mencipta ini untuk memuaskan hati peminat."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan