Kuantan: Peluang beraksi bersama pasukan gergasi, Selangor sepanjang kempen Piala Malaysia bulan depan akan digunakan sebaik mungkin penyerang muda negara, Rozaimi Abd Rahman bagi memajukan kerjaya bola sepaknya.
“Memang sesuatu yang cukup membanggakan apabila dapat beraksi bersama Selangor. Saya cukup teruja untuk bermain bersama pemain lebih berpengalaman seperti Safiq Rahim.“Jadi peluang yang saya ada ini akan dimanfaatkan dengan baik. Pengalaman ketika bersama skuad B-22 negara bimbingan Ong Kim Swee, akan saya gunakan membantu Selangor menjulang Piala Malaysia musim ini,” katanya semalam.
Semalam di Kuantan, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) secara rasmi, mengikat Rozaimi secara pinjaman selama tiga bulan menghadapi kancah Piala Malaysia.
Majlis ringkas menandatangani kontrak pinjaman itu berlangsung di Kuantan, Pahang dihadiri Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Alijus Sipil dan Rozaimi sendiri.
Ketiga-tiga mereka berada di Kuantan kerana terbabit dengan Sukan Malaysia (SUKMA) 2012.
“Saya akan cuba bantu Selangor mara ke final Piala Malaysia. Saya mahu balas kepercayaan mereka dan buktikan pinjaman ini berbaloi,” kata Rozaimi.
Pemain berusia 20 tahun itu muncul penjaring terbanyak Kelayakan Piala Asia B-22 2013 di Yangon, Myanmar baru-baru ini dengan 10 gol bersama skuad B-22 negara. Dia dikatakan turut diintai Kelantan, Sarawak, Negeri Sembilan dan Tentera.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan