Jumaat, 13 Julai 2012

QPR sambung kontrak Taarabt


LONDON: Pemain tengah Maghribi, Adel Taarabt menyambung kontrak baru tiga tahun bersama Queens Park Rangers, semalam.
Taarabt dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Perancis, Paris St Germain musim lalu dan spekulasi mengenai masa depannya terus diperkatakan hingga ke hujung musim.

Bagaimanapun pemain berusia 23 tahun itu yang menyertai QPR dari Tottenham pada Ogos 2010 dipujuk untuk terus kekal bersama skuad kendalian Mark Hughes.
“Apabila tiba di sini buat kali pertama, saya fikir hanya untuk tempoh singkat namun saya menyayangi kelab ini dan semua orang di sini banyak membantu. Saya gembira untuk kekal di sini,” kata Taarabt.

“Awal musim lalu agak sukar tapi saya bekerja keras dan gembira berlatih di bawah Hughes.

“Kelab ini semakin besar, dengan padang latihan baru dan usul membina stadium baru membuatkan saya teruja. Apabila bersama kelab ini, misi QPR berubah.
“Tahun lalu sasaran kami kekal dalam Liga Perdana. Kami berjaya melakukannya dan kini mahu terus meningkat.” Selain menandatangani kontrak baru, Taarabt turut mendapat penghormatan menyarung jersi nombor 10 di QPR yang sebelum ini dipakai legenda kelab seperti Stan Bowles dan Rodney Marsh. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan