Khamis, 12 Julai 2012

Maradona dipecat Al Wasl


DUBAI: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona dipecat daripada jawatan jurulatih kelab Emiriah Arab United Arab Bersatu, Al Wasl selepas lebih setahun dilantik menggalas tugas itu, umum kelab itu kelmarin.
Status jurulatih berusia 51 tahun itu yang dilantik pada Mei 2011 selepas kehilangan tugas jurulatih kebangsaan Argentina tidak menentu apabila gagal memenangi sebarang trofi musim lalu.

Kedudukannya bertambah buruk apabila lembaga pengarah yang melantiknya sudah meletak jawatan berikutan kempen musim lalu dan pengganti mereka mengambil keputusan memecatnya selepas satu mesyuarat kelmarin.
“Susulan mesyuarat yang dijalankan lembaga pengarah Syarikat Bola sepak Al Wasl hari ini (kelmarin) bagi menilai Pasukan Bola sepak Al Wasl memutuskan untuk menamatkan khidmat Diego Maradona dan staf teknikalnya,” umum kelab terbabit.

Ketika era kehebatannya, Maradona yang memiliki baki kontrak setahun bersama Al Wasl, hampir secara bersendirian membawa Argentina menjulang Piala Dunia 1986 dan kemudian layak final 1990. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan