DJIBRIL Cisse tidak sabar melawat Asia Tenggara minggu ini di mana beliau akan menyertai skuad Queens Park Rangers (QPR) dalam lawatan pra-musim mereka.
QPR akan ke Malaysia pada Jumaat dan akan bertemu Sabah pada 17 Julai disusuli Kelantan (20 Julai) sebelum menentang Persebaya Surabaya di Indonesia pada 23 Julai.
Ia merupakan jadual yang ketat bagi skuad, tetapi Cisse berkata: “Ia akan menjadi satu pengalaman yang bermakna bagi kita semua.
Saya menanti-nantikan saat ini.” “Salah satu perkara yang saya suka tentang bola sepak Liga Inggeris ialah semangat peminatpeminatnya dan keseronokan serta semangat seperti itu turut wujud di Asia. Kami juga amat teruja untuk melawat Malaysia dan Indonesia," katanya.
Cisse menjaringkan enam gol untuk QPR dalam lapan penampilan musim lalu sejak ketibaan beliau dari Lazio pada bulan Januari.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan