Rabu, 11 Julai 2012

Amaran Uefa terhadap Wilshere


LONDON: Pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere diberi amaran oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) mengenai komen yang memungkinkan dia terbabit dalam pertaruhan satu perlawanan pasukannya.
Badan induk bola sepak Eropah itu mempunyai panduan tegas mengenai pertaruhan di kalangan pemain dan Wilshere menerima amaran rasmi selepas membayangkan dia melanggar peraturan itu.

Bintang tengah berusia 20 tahun itu menulis di laman web sosial Twitter Disember lalu untuk memberi komen mengenai perlawanan Liga Juara-Juara membabitkan Arsenal.
Kecederaan menyebabkan pemain antarabangsa England itu diketepikan bagi perlawanan dengan Olympiakos, namun dia menulis bahawa rakan sepasukan Gunners, Emmanuel Frimpong 'bernilai �10 (RM49)' untuk membuka tirai jaringan menentang kelab Greece itu.

Selepas menyaksikan rakannya itu gagal dengan sekadar percubaan tersasar ke tepi jaring ketika kedudukan terikat 0-0, Wilshere menambah: “Frimmy tidak pernah membantu saya memenangi wang!” Dia kemudian menegaskan sekadar berjenaka mengenai pertaruhan pada perlawanan itu dan berkata: “Saya sebenarnya tidak bertaruh perlawanan ini. Saya sedar kami tidak dibenar melakukannya! Saya hanya berseloroh.” - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan