Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers berkata bahawa rekod pembelian, Andy Carroll mungkin meninggalkan Anfield secara pinjaman musim panas ini.
Bekas bos Swansea City berkata bahawa dia akan menggunakan lawatan pra-musim kelab bagi menganalisis striker bernilai £35 juta itu sebelum dia membuat sebarang keputusan.
Carrol, 23, yang kini sedang bercuti selepas bersama England dalam Euro 2012, merupakan antara ramai pemain yang perlu berjuang untuk tempat di bawah kendalian Rodgers.
Ketika ditanya jika Carroll boleh pergi secara pinjaman, jurulatih itumemberitahu wartawan, "Itu sesuatu yang saya akan lihat, saya perlu berterus-terang. Adakah ia akan beri manfaat kepada kelab, itu perkara yang paling penting? Kadang-kadang pemain perlu dipinjamkan, secara amnya, bukan hanya Andy, dia boleh beri manfaat kepada kelab bagi jangka panjang."
"Itu beri mereka pengalaman, dan mereka kembali sebagai pemain yang lebih baik, lebih yakin. Sudah tentu, lebih-lebih lagi berbanding mereka duduk di bangku simpanan untuk majoriti musim ini."
"Dia pemain yang baik, Andy. Dia sentiasa dikaitkan sama ada dia sini atau tidak."
"Saya telah bercakap dengan dia dalam cutinya, dia seorang pemain muda yang sangat baik, tapi saya tak pernah mendengar apa-apa. Agak merudumtahun ini kerana Kejohanan Eropah, tapi ini proses membina skuad yang boleh bersaing."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan