Midfielder Chelsea, Oriol Romeu mendedahkan yang dia lebih dari gembira untuk kembali ke bekas kelabnya, Barcelona jika mereka menunjukkan minat untuk menandatanganinya semula.
Pemain remaja Sepanyol itu menyertai Blues musim panas lalu untuk yuran €5 juta, namun Barcelona mempunyai opsyen untuk membelinya semula dalam masa dua tahun seterusnya jika mereka berminat mendapatkan khidmatnya. Romeu membuat 16 penampilan buat Chelsea musim lalu, kebanyakannya di Liga Perdana, dan telah disasar menjadi bintang masa depan. Namun begitu, pembelian Chelsea untuk pemain berusia 21 tahun, Eden Hazard dan ketibaan pemain Internacional, Oscar bermakna Romeu akan menikmati kurang masa bermain di kelab dengan baki kontrak tiga tahun. Kini berada di Sepanyol, dia meluahkan keinginan untuk kembali ke kelab yang masih disokongnya secara aktif dan menyebut tentang opsyen pertama dimiliki Barcelona sebagai bukti yang mereka kekal berminat dengan perkembangannya. "Jika [jurulatih Barcelona] Tito Vilanova mahukan saya di sana, saya akan bincang dan cakap dengannya. Jika mereka mahukan saya nikmati bola sepak saya dan tunjukkan keyakinan terhadap saya, maka bolehlah teruskan perbincangan," katanya. "Kembali ke Barcelona merupakan satu opsyen namun ia bergantung kepada banyak perkara, kerana saya mahu bermain. "Saya sentiasa rasa seperti seorang penyokong setia Barcelona, saya sangat terhutang budi kepada FC Barcelona dan terima kasih kepada mereka. Saya mahu kerap bermain dan Chelsea tunjukkan keyakinan kepada saya, namun jika FC Barcelona mahukan anda, nampaknya…" "Mereka ada opsyen untuk beli saya semula, saya tahu saya ada opsyen itu, dan jika mereka masih ada keyakinan terhadap saya, seperti yang ditunjukkan mereka dengan membuka opsyen tersebut, maka mereka harus beritahu saya." |
Ahad, 15 Julai 2012
Oriol Romeu terbuka tentang pulang ke Barca
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan