Selasa, 10 Julai 2012

Kagawa sedia tawan United

Tokyo: Pemain tengah Jepun, Shinji Kagawa semalam meninggalkan negaranya ke Britain bagi menyertai Manchester United, sambil melaungkan amaran merebut tempat dalam kesebelasan utama kelab itu apabila musim baru bermula, bulan depan.

“Ia cabaran cukup besar buat saya. Saya tiada apa-apa tetapi memiliki minda yang positif pada ketika ini. Saya mahu merebut tempat dengan penuh rasa yakin,” kata Kagawa, 23, sebelum berlepas. Kagawa yang menandatangani kontrak empat tahun bersama United selepas meninggalkan juara Jerman, Borussia Dortmund, akan terus menjalani latihan bersama pasukan dan mengadakan sidang media di Old Trafford, esok. 
Kagawa turut tidak akan menyertai skuad Jepun ke saingan Olimpik 2012 di London, sebaliknya sedia untuk menyertai jelajah pramusim United ke Afrika Selatan dan China.

“Pertama sekali, saya mahu menunjukkan apa yang saya miliki di padang latihan dan mempersiapkan diri supaya mampu bersaing merebut posisi apabila tiba masa perlawanan pembukaan,” jelas Kagawa yang membantu Dortmund meraih kejuaraan domestik berganda, musim lalu dengan menjaringkan 17 gol. 
AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan