Selasa, 10 Julai 2012

Jangan cemburui badminton: Sieh

“INI terpulang kepada mereka (penaja). Jika mereka hendak beri kepada sesiapa, kita tidak boleh kata apa-apa,” kata Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi. 

Keistimewaan diterima sukan badminton sehingga memperlihatkan mereka bagaikan ‘anak emas’ apabila ditawarkan insentif mewah hampir RM5 juta, adalah di luar bidang kuasa badan induk sukan itu yang langsung tidak campur tangan. Sebaliknya, beliau mengakui kesediaan syarikat swasta menawarkan hadiah seumpama itu meringankan beban kerajaan tanpa perlu mengeluarkan belanja banyak pemberian hadiah, selepas menyediakan kemudahan latihan. 
“Ini terpulang kepada apa orang suka. Namun, andai banyak insentif besar ditawarkan kepada sukan lain, tetapi mereka tidak menang, bagaimana?” katanya ketika dihubungi semalam. 

Kok Chi berkata, atlit sukan lain tidak seharusnya cemburu dengan pemain badminton negara kerana untuk mereka mendapat keistimewaan itu, sukan itu harus ada peluang dan kemampuan untuk menang. 

Malah, pada aksi di London kali ini pemain badminton mempunyai peluang cerah menang emas, berbanding saingan di Beijing, empat tahun lalu yang terpaksa berhadapan pemain China yang bermain di gelanggang sendiri. 

Ditanya insentif mewah seumpama itu mampu membuat pemain beralih sasaran perjuangan, bukan lagi kerana negara Kok Chi, berkata adalah biasa untuk mengharapkan pemain membawa pulang pingat emas. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan