Jumaat, 13 Julai 2012

Derita Berba di United akan berterusan



Berbatov mungkin akan terus kekal di Old Trafford.

Dimitar Berbatov mungkin terpaksa tunggu sehingga tahun akhir kontraknya di Manchester United.
 
Striker itu diberitahu oleh Sir Alex Ferguson yang dia boleh keluar dari Old Trafford, namun tiada kelab yang bersedia memenuhi penilaian £10 juta kelab terhadap pemain yang membuat lima penampilan Liga Perdana Barclays penggal lepas.
 
Bekas tonggak Tottenham itu menyertai United dengan harga £31 juta pada  2008 namun gagal menyesuaikan diri selaku rekod perpindahan kelab, kini terpinggir di belakang Danny Welbeck dan Javier Hernandez.
 
Malaga dan Paris St-Germain kini memantau situasinya tetapi masih belum membuat tawaran kukuh untuk striker yang bakal membuat lawatan pra-musim United di Afrika Selatan dan China.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan