PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini menandatangani kontrak lima tahun bersama juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Perjanjian baru itu bernilai £37.5 juta, sekali gus muncul sebagai pengurus paling mahal dalam siri saingan EPL – mengatasi bayaran Sir Alex Ferguson yang dikatakan menerima £4 juta setahun.
Mancini, 47, menggantikan Mark Hughes sebagai ketua kelab itu pada Disember 2009.
Pada tahun lalu, kelab itu menjuarai Piala FA dan tahun ini, buat kali pertama sejak 1968, memenangi gelaran juara EPL.
"Manchester City kelab bola sepak yang hebat," kata beliau kepada laman web Manchester City.
"Saya teruja untuk mendepani cabaran-cabaran yang bakal dilalui," kata beliau dipetik BBC hari ini.
Ketua Eksekutif sementara Manchester City, John MacBeath berkata, perjanjian baru membolehkan Mancini memfokus ke atas cabaran mengemudi sebuah pasukan bukan sahaja boleh mempertahankan gelaran EPL, malah yang boleh bertanding dalam persaingan peringkat Eropah.
Laporan-laporan sebelum ini telah mengaitkan Mancini dengan jawatan pengurus Rusia sejak peletakkan jawatan Dick Advocaat selepas Euro 2012.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan