KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei tidak mahu terlalu memikirkan insentif lumayan yang menanti atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik London.
Sebaliknya pemain nombor dua dunia itu, terus memberi tumpuan sepenuhnya kepada persediaan menghadapi temasya itu yang akan diadakan penghujung bulan ini.
Anak jati Pulau Pinang berusia 29 tahun itu yang memuji insentif sedemikian bagaimanapun tidak mahu ia menjadi alasan baginya mempamerkan persembahan cemerlang di London nanti semata-mata kerana mengejar insentif.
"Insentif itu akan datang dengan sendiri sekiranya kita berjaya mencipta pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa dan ia boleh dijadikan sebagai perangsang kepada atlet kita untuk memberikan persembahan terbaik.
"Namun bagi saya, persediaan ke Olimpik lebih penting daripada habuan yang diterima atlet itu sendiri," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman skim hadiah kemenangan Olimpik 'emas untuk emas' oleh Presiden Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) Datuk Andrew Kam di sini hari ini.
Menerusi skim tersebut, mana-mana pemain badminton negara yang berjaya memenangi pingat emas Olimpik pertama negara akan menerima habuan sebuah jongkong emas seberat 12.5kg bernilai RM2 juta.
Jongkong itu bagaimanapun akan dibahagikan sama rata sekiranya terdapat lebih daripada seorang pemenang pingat emas acara badminton.
Chong Wei yang akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan berkata, beliau mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada temasya sukan tersebut di London memandangkan ia akan menjadi penyertaan terakhir beliau dalam Sukan Olimpik selepas edisi 2004 di Athens, Greece dan edisi 2008 di Beijing, China.
"Di samping itu, saya perlu mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal kerana atlet-atlet yang bertanding dalam Sukan Olimpik merupakan antara yang terbaik di dunia," katanya.
Ditanya mengenai sasaran utama di London nanti, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing 2008 itu masih meletakkan harapan untuk memenangi pingat emas pertama untuk negara.
"Kita semua tahu bukan senang untuk meraih pingat emas pada Sukan Olimpik ditambah dengan diri saya yang baru pulih daripada kecederaan (buku lali)... namun saya masih menaruh harapan untuk memenangi pingat emas untuk negara," katanya. – Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan