Syawal, Nur Mohd pencetus kebangkitan badminton Selangor
Kuantan: SELEPAS sedekad akhirnya kemarau Selangor berakhir apabila memenangi emas badminton berpasukan lelaki selepas berentap selama 144 minit sebelum menjinakkan Johor 3-2 di Stadium Tertutup SUKPA, semalam.
Pasangan Muhammad Syawal Mohd Ismail-Nur Mohd Azriyn Ayup, kedua-duanya pemain perseorangan skuad pelapis muncul wira apabila membutirkan mata kemenangan ketika kedudukan terikat 2-2 dengan menewaskan Iskandar Zulkarnain Zainuddin-Tan Kian Meng 21-18, 21-17.“Kejayaan ini amat bermakna kerana kali terakhir Selangor meraih emas acara berpasukan pada 2002 di Sabah dan ketika itu saya beraksi sebagai pemain, tapi kali ini saya menjadi jurulatih,” kata jurulatih Selangor, K Yogendran.
Yogendran yang juga bekas pemain kebangsaan mengakui strateginya untuk memenangi perlawanan itu menerusi dua perseorangan dan satu beregu tercapai.
“Sebenarnya, kami tidak ada pemain beregu dan kami mengharapkan pengalaman Syawal-Azriyn. Walaupun mereka pemain perseorangan tetapi mereka bergandingan baik untuk membutirkan mata kemenangan,” katanya.
Mata pertama Selangor dikutip anak legenda badminton negara Misbun Sidek, Misbun Ramdan selepas menundukkan Tan Kian Meng 21-12, 21-17 sebelum Azryin menjadikan 2-0 menewaskan Muhd Aiman Husin 21-12, 21-13.
Iskandar menghidupkan semula peluang Johor menewaskan Soong Joo Ven 21-16, 21-11 dan Tan Wee Tat-Teo Ee Yi menumpaskan Kong Keat Zhean-Misbun Ramdan 19-21, 21-15, 21-8.
Sementara itu, Wilayah Persekutuan memenangi emas dalam berpasukan wanita apabila mudah menundukkan Johor 3-0.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan