Isnin, 30 Julai 2012

Ranocchia Mahukan Permulaan Baru Di Inter


Ranocchia kini kembali cergas sepenuhnya

Andrea Ranocchia cukup optimis untuk musim baru apabila pemain pertahanan ini bersedia untuk memulakan kempen penuh keduanya bersama Inter.
 
Pemain berusia 24 tahun ini menyertai the Nerazzurri dari Genoa pada Januari 2011 selepas membina reputasi dengan kelab Ligurian dan Bari sebagai antara pemain bek tengah paling berpotensi di Itali.
 
Bagaimanapun beliau tidak dapat mengukuhkan tempatnya dalam pasukan dengan pemain seperti  Lucio dan Walter Samuel membataskan peluangnya sebagai kesebelasan utama ketika beliau nampak mudah melakukan kesilapan di atas padang.
 
"Saya rasa hebat, saya telah berkerja begitu keras musim panas ini untuk menebus kesilapan diri saya," ujar Ranocchia.

Cavani tolak langkah Liga Perdana



Cavani tolak ke Liga Perdana.

Striker Uruguay, Edinson Cavani memberi jaminan masa depannya kepada Napoli di sekitar minat yang dilaporkan daripada beberapa kelab Liga Perdana.
 
Cavani, yang kini di England mewakili negaranya di Sukan Olimpik London, telah dikaitkan dengan Manchester City dan Chelsea tetapi menegaskan dia gembira kekal di Stadio San Paolo.
 
"Adakah kelab besar Liga Perdana mahu saya? Respons saya hanya Forza Napoli!" kata Cavani.
 
Cavani, 25, menambah bahawa dia mungkin mempertimbangkan langkah ke Liga Perdana satu hari nanti. "Dikatakan bola sepak Inggeris adalah seni, kenapa tak berfikir tentangnya satu hari nanti jika ada kemungkinan?"
 
Terdapat kebimbangan bahawa Cavani, yang hanya menandatangani kontrak lima tahun yang baru dengan Napoli pada musim panas lepas, akan berhenti kelab musim panas ini selepas isterinya dirompak dan kehilangan jam tangan yangbernilai €18,000 di Naples, namun striker itu menolak tanggapan.
 
"Orang yang serang isteri bukan peminat Napoli, bukan jenis yang saya kenal untuk mengetahui dan menghargai dalam beberapa tahun ini. Insiden ini sudah tentu tak akan membuat saya beralih dari bawah bayang-bayang Vesuvius."
 
Cavani menjaringkan 23 gol dalam 35 penampilan untuk Napoli di Serie A musim lalu.

Barcelona Mahukan Neymar Selepas Olimpik



Neymar belum putuskan masa depan

Naib presiden Barcelona,  Josep Maria Bartomeu telah membayangkan perpindahan musim panas untuk Neymar, memberitahu harapannya agar penyerang itu menyertai kelab usai Sukan Olimpik ini.
 
Catalunya telah acapkali disebut-sebut sebagai destinasi paling berkemungkinan untuk penyerang Santos tersebut yang kini sedang menjalankan tugasan antarabangsa bersama Brazil dalam pencarian pingat emas mereka di London 2012.
 
Supremo the Blaugrana kini mengesahkan minat mereka terhadap pemain berusia 20 tahun itu dan mengakui dalam kata sesuainya bahawa Neymar boleh tiba di Nou Campr selepas kejohanan sukan dunia paling berprestij itu berakhir.
 
"Kami memang mahukan Neymar untuk datang selepas Sukan Olimpik," ujar Bartomeu.
 
"Dia adalah pemain Santos [ketika ini] tapi saya pasti Neymar akan datang ke Eropah satu hari nanti dan apabila tiba masa itu, kami akan menjadi peka supaya dia boleh menyertai Barcelona."

Godin Nafikan Khabar Tinggalkan Atletico



Godin belum cadang tinggalkan Atletico

Pemain pertahanan Atletico Madrid, Diego Godin menafikan laporan bahawa beliau berhasrat meninggalkan kelab musim panas ini.
 
Pemain antarabangsa Uruguay itu merupakan pemain penting skuad Atletico yang memenangi Liga Eropah musim lepas, muncul dalam 41 perlawanan di semua kejohanan.  
 
Aksinya itu menimbulkan laporan dirinya menjadi perhatian Chelsea dan Manchester City namun beliau segera menegaskan tidak mahu meninggalkan kelab ibu negara tersebut dan tidak sabar menantikan musim baru bermula.
 
"Saya berhasrat untuk kekal," katanya. "Adrian dan Radamel Falcao juga ada di sini dan seperti saya, mereka juga berhasrat terus berada di sini."
 
"Piala Super Eropah adalah matlamat utama kami di waktu terdekat ini kerana ia satu lagi kejuaraan dan menawarkan prestij di Eropah. Kami beruntung untuk mengambil bahagian."
 
"Kami akan bercita-cita tapi turut merancang. Dengan melakukannya, kami akan mula mengutip mata dan berharap dapat mencapai objektif utama kami layak ke Liga Juara-juara."

Hargreaves berlatih dengan QPR



Hargreaves... Ejen bebas.

Agen bebas, Owen Hargreaves sedang berlatih dengan Queens Park Rangers.
 
Hargreaves, 31, telah mengalami masalah kecederaan berpanjangan sejak empat tahun kebelakangan ini, dan terdapat keraguan samada dia mampu meneruskan karier bermainnya. "Saya tak paksa apa-apa dan jika saya tak boleh kembali ke tahap yang saya pernah nikmati dulu, saya tak mahu main lagi," kata midfielder itu baru-baru ini.
 
Dia telah dilepaskan oleh Manchester United musim panas tahun lalu, dan selepas itu memuat naik video YouTube untuk mendemonstrasi tahap kecergasannya kepada kelab yang berminat. Dia kemudian diberi kontrak oleh Manchester City, namun sepanjang kempen 2011-12 dia membuat hanya empat penampilan, yang terakhir tiba pada Januari, dan dia telah dilepaskan pada penghujung musim.
 
QPR kini telah menawarkan Hargreaves peluang untuk mengekalkan kecergasannya, dengan pengurus, Mark Hughes mencadangkan ada kemungkinan dia akan ditawarkan satu kontrak jika pemain itu berjaya memikat mereka.
 
Hughes berkata melalui laman web rasmi kelab: "Owen sedang berlatih bersama pemain lain. Tiada perjanjian di antara kedua belah pihak. Dia mahu kekalkan kecergasannya dan kami lebih dari gembira untuk benarkan dia berlatih dengan kami dan gunakan fasiliti kami di Harlington."

Long Bukan Untuk Dijual-Clarke


Long masih dalam pelan Steve Clarke

Ketua jurulatih West Brom, Steve Clarke telah memaklumkan bahawa Shane Long bukan untuk dijual.
 
Penyerang Republik Ireland itu dikatakan bakal berpindah ke kelab lamanya, Reading, yang sedang memperkuatkan skuad mereka selepas memenangi  kenaikan divisyen ke Liga Perdana Inggeris.
 
Long segera menjadi pemain kesayangan peminat di the Hawthorns selepas dibeli pada musim panas lepas, dengan pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan lapan gol dalam musim pertamanya di kelab.
 
"Kami tidak menerima apa-apa untuk Shane," kata Clarke.
 
"Tiada tawaran dan dia bukan untuk dijual. Dia 100 peratus dari perancangan saya."

Arsenal dalam perlumbaan dapatkan Sahin secara pinjaman



Nuri Sahin dikaitkan dengan Arsenal.

Arsenal kini di ambang melengkapkan menandatangani midfielder Real Madrid, Nuri sahin secara perjanjian pinjaman semusim.
 
Sahin, 23, dikaitkan dengan langkah ke kelab rival The Gunners, Tottenham sebagai sebahagian daripada langkah pertukaran Luka Modric ke Sepanyol.
 
Warga Turki kelahiran Jerman itu baru saja menyertai Madrid dari Borussia Dortmund pada musim panas lalu.
 
Isu Sahin hadir hanya beberapa hari selepas bos Arsenal, Arsene Wenger muncul meluahkan hasrat mahu menandatangani midfielder musim panas ini.
 
Dia menandatangani perjanjian enam tahun dengan skuad Jose Mourinho apabila dia didapati dengan harga £8 juta pada Mei lalu, namun hanya membuat 10 penampilan dalam musim debutnya.

Perang pasaran EPL masih suram



Perang pasaran EPL masih suram
.
Perang pasaran EPL masih suram
.
Perang pasaran EPL masih suram
Senarai pemain yang dikaitkan dengan perpindahan.
MENJELANG bermulanya saingan Liga Perdana Inggeris 2012/13 yang akan dibuka 18 Ogos nanti, perebutan pemain berstatus bintang sudah tentu menjadi keutamaan kepada semua pasukan.

Kewangan, mengembangkan karier atau ‘disingkirkan’ itulah persoalan bermain dikalangan peminat bola sepak tempatan apabila melihat langkah bintang kelab kesayangan mereka mengambil pendirian menyertai pasukan lain.

Beberapa pasukan rancak mencari pemain baru untuk memperkuatkan pasukan dalam usaha melakarkan kejutan, mempertahankan kejuaran mahupun membuktikan pembabitannya bukanlah sekadar pelengkap jadual liga.

Arsenal, Liverpool, Chelsea dan Manchester United merupakan pasukan terawal mencari pemain baharu untuk memperkuatkan pasukan masing-masing dalam usaha melakarkan kejutan, mempertahankan kejuaraan dan memperbaiki pencapaian musim lalu.


LANGKAH AWAL

Arsenal yang dilihat bakal kehilangan peledak utama ‘The Gunners’, Robin Van Persie (RVP) selepas muncul penjaring terbanyak musim lalu dengan 30 gol yang masih enggan menandatangani pembaharuan perjanjian bagi memastikannya terus kekal London.

Ibarat sediakan payung sebelum hujan, langkah jurulatihnya, Arsene Wenger membawa masuk beberapa pemain serangan berkualiti seperti Lukas Podolski (FC Klon) dan Olivier Giroud (Montpellier) adalah tepat bagi memastikan posisi itu tidak kosong sekiranya RVP meninggalkan Stadium Emirates.

‘The Reds’ itulah nama jolokan bagi pasukan Liverpool dibimbing jurulatih barunya, Brendan Rogers yang berjanji membuat transformasi dalam pasukan penuh sejarah dan dibintangi beberapa pemain kebangsaan England.

Mengubah corak permainan dari hantaran jauh yang selama ini diamalkan kepada hantaran pendek, Rodgers dilihat mempunyai tugas yang agak sukar namun masih mampu mengharapkan pengaruh ketua pasukan Steven Gerrad bagi menjayakan corak permainan baru.

Mendapatkan bekas penyerang AS Roma, Fabio Borini bersama Liverpool dan digandingkan dengan penyerang prolifi knya, Luis Suarez adalah langkah awal Rodgers menaikkan semula imej pasukan yang meriah dengan sokongan  padu melalui nyanyian ‘You Never Walk Alone’ setiap kali beraksi oleh peminat.

Saling silih berganti jurulatih saban musim. Itulah kata-kata yang dapat digambarkan bagi Chelsea dalam saingan musim lalu. Beberapa pemain ternama dari kelab Perancis telah berjaya diikatnya bagi mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah 2012 dan saingan Liga Perdana kali ini.

Eden Hazard (Lille) dengan nilai perpindahan berjumlah RM40 juta dan Marko Marin (Werder Bremen) RM8 juta bakal beraksi bersama barisan pemain Chelsea yang kini dibimbing oleh Roberto De Matteo.

Bagi Manchester United pula, suasana pembelian di kalangan pemain baru dilihat sedikit suram dengan hanya membawa masuk Nick Powell (Crewe) dan Shinji Kagawa (Borussia Dortmund).

Mungkin masih terlalu awal bagi jurulatihnya, Alex Ferguson untuk mencari pemain yang berpotensi namun jika tiada pemain berkaliber seperti Wesley Sneijder yang kini masih bersama Inter Milan gagal dibawa masuk musim lalu  bagi menggantikan Paul Scholes di bahagian tengah selain posisi pertahanan, perjalanan pasukan ‘The Red Devils’ dilihat sukar untuk berada dalam kelompok 'Big Four'.


MASIH TANDA TANYA

Perebutan pemain kini masih lagi menjadi tanda tanya, walaupun sesetengah pihak pengurusan telah memberi kebenaran untuk mengadakan rundingan perpindahan namun mungkin disebabkan nilai diletakkan terlalu tinggi berbanding bakat mahupun gaji dipinta pemain itu di luar batasan.

Liverpool umpamanya, seolah-olah merestui perpindahan penyerangnya Andy Carroll yang baru enam bulan beraksi di Anfi eld dengan nilai perpindahan (RM15 juta) ke kelab West Ham United.

Malah, bekas kelab lamanya, Newcastle United turut ingin membawanya pulang kembali beraksi di St James Park walaupun pemain itu bertegas mahu terus bersama Liverpool.

Pemain pertahanan pasukan itu, Martin Sktrel juga menjadi tumpuan kelab luar.

Antaranya Manchester City dan Napoli namun pengurusnya, Brendan Rogers tetap mahukan Sktrel terus bersamanya.

Nilai 20 juta pound (RM98 juta) itulah harga penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) 2011/2012 Robin Van Persie (RVP) ditetapkan oleh The Gunners jika kelab lain mahu memiliki bintang yang menjaringkan 37 gol dalam semua aksinya bersama The Gunners dan masih mempunyai kontrak setahun dengan Arsenal.

City, United dan Juventus terus berusaha membawa pemain ini beraksi bersama mereka namun sehingga kini belum ada kata putus dari pemain berkenaan walaupun ejen kepada penyerang Belanda itu, Kees Vos telah bersemuka dengan juara Serie A, Juventus dan mendedahkan Van Persie meminta gaji bersih 195,000 pound (RM961,000) seminggu.

Borrusia Dortmund pula meletakkan 35 juta pound (RM172 juta) kepada Chelsea jika mahukan bintangnya, Robert Lewandowski beraksi di Stamford Bridge. ‘The Blues’ sebelum ini dilaporkan telah meningkatkan jumlah bidaan mereka daripada 13 juta pound (RM64 juta) kepada 17 juta pound (RM83 juta) terhadap penyerang Poland itu namun wakil pemain itu, Maik Barthel menyifatkannya tidak sesuai bagi Lewandowski.

Penyerang Poland itu meledak 30 gol musim lalu dan masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun di Dortmund turut dikaitkan dengan Tottenham Hotspur, Arsenal dan Manchester United.

Keengganan Luka Modric menyertai perlawanan pra musim di Amerika Syarikat bersama Tottenham Hotspur seolah-olah memberi gambaran pemain kreatif di bahagian tengah ini ingin mencari angin baru.

Modric dikatakan berbuat demikian kerana memprotes keputusan pengurusan kelab yang enggan melepaskannya untuk berhijrah ke pasukan lain.

Sebelum ini, pengurus Real Madrid, Jose Mourinho bersedia membayar lebih 27 juta pound (RM133 juta) untuk menarik pemain itu ke Santiago Bernabeu.


UBAH HALUAN

Ada pemain yang masuk sudah tentu yang keluar tidak terkecuali, mungkin ingin membuktikan kepada pasukan lamanya ataupun memang keringatnya sudah tidak diperlukan itu adalah lumrah dalam dunia bola sepak.

Setelah dua musim bersama Liverpool, akhirnya, Maxi Rodriguez memilih berhijrah ke kelab Newell’s Old Boys (Argentina) memandangkan peranannya musim lalu di bawah kendalian Kenny Dalglish lebih banyak berada di bangku simpanan berbanding di atas padang.

Menyedari kemasukan pemain baru yang persembahan cemerlang rakan pasukan yang bermain di posisi sayap kiri, pemain yang dilahirkan 2 Januari 1981 menyedari situasi sama bakal dihadapinya musim ini menyebabkannya meninggalkan Anfield.

Jodoh pemain Korea Selatan, Park Ji Sung bersama Manchester United bermula musim 2004-05 akhirnya terlerai juga apabila penyerang ini mengambil keputusan menyertai Queen Park Rangers (QPR) mulai musim ini dengan yuran perpindahan RM2.5 juta. Aksi bertenaga ditonjolkan setiap kali diturunkan dalam perlawanan nyata gagal mengikat hati pengurusnya, Fergie walaupun peminat sering memberikan tepukan gemuruh bila pemain ini diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan.


TEMPOH AKHIR MASIH PANJANG

Menyedari tempoh akhir perpindahan pemain masih panjang dan perlu bertindak bijak, pengurus pasukan pada masa kini dilihat lebih banyak berdiam diri mengenai pemain sasarannya namun percaya suasana perebutan pemain  akan laris menjelang minggu akhir perpindahan pemain.

Mungkin masalah kewangan menyebabkan sesetengah pasukan terpaksa berfi kir panjang sebelum membuat tawaran selain sikap tunggu dan lihat pemain itu sendiri. Semua ini pastinya mendebarkan peminat pasukan masing-masing  sehinggalah tarikh perpindahan pemain berakhir 31 Ogos 2012.

Harimau Malaya janji tentang habis Manc City



Harimau Malaya janji tentang habis Manc City
Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Malaysia Datuk K. Rajagobal (lima kiri) bergambar kenangan selepas sidang akhbar sempena 'Manchester City FC Summer Tour 2012'.
KETUA jurulatih negara Datuk K.Rajagobal yakin anak buahnya mampu memberi saingan sengit bertemu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City FC pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Isnin ini.

Beliau berkata walaupun misi menumbangkan juara EPL itu dianggap mustahil, skuad Harimau Malaya mampu memberi saingan berdasarkan persembahan baik mereka ketika menentang sebuah lagi kelab EPL, Arsenal pada Selasa lepas.

Katanya, penguasaan yang ditunjukkan pemain negara terutama di awal permainan ketika menentang Arsenal walaupun tewas 1-2, membuktikan Harimau Malaya bukan pasukan belasahan dan mampu memberi tentangan hebat kepada pasukan bertaraf profesional.

"Saya tidak boleh meletakkan harapan luar biasa kepada pasukan Harimau Malaya kerana bukan satu perkara mudah beraksi menentang Manchester City yang merupakan juara EPL musim ini.

"Namun, saya yakin kita mampu mempamerkan aksi menarik dan memberi tentangan yang pastinya tidak akan mengecewakan penyokong setia Harimau Malaya," katanya  kepada pemberita di sini, hari ini.

Sidang media itu turut disertai jurulatih dan pengurus Manchester City FC Roberto Mancini, kapten Manchester City Vincent Kompany serta Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pengurus pasukan Malaysia Datuk Subahan Kamal.

Ini adalah kunjungan pertama Manchester City ke Malaysia, yang kini dalam siri Jelajah Asia.

Dipetik Bernama, Rajagobal berharap semua pemain negara dapat mengekalkan corak persembahan seperti sebelum ini dan berusaha menjaringkan gol walaupun berdepan cabaran sukar.

Beliau berkata pemain Manchester City berbeza kerana mereka mempunyai kekuatan fizikal, kecerdasan, kelajuan serta momentum yang lebih tinggi berbanding Arsenal.

"Saya harap pemain kita dapat pelajari sesuatu daripada kelebihan pasukan Manchester City bagi memperbaiki kelemahan yang ada sebagai persiapan mempertahankan Piala AFF Suzuki pada November ini," katanya.

Rajagobal berkata, pemain skuad negara semakin matang apabila mereka lebih bermotivasi apabila beraksi dengan pasukan daripada EPL.

"Kita harap motivasi seperti ini terus kekal agar mereka tidak gentar apabila berdepan pasukan lain di peringkat Asia," katanya.

Beliau juga sentiasa mengingatkan pemain supaya tidak terlalu takut apabila bermain pasukan hebat sebaliknya menggunakan peluang tersebut untuk lebih   menyerlah.

Sementara itu, Mancini berkata Manchester City akan beraksi seperti biasa apabila menentang pasukan Malaysia.

"Kami teruja dalam siri Jelajah Asia kami terutamanya di Malaysia. Saya gembira apabila mengetahui sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bola sepak telah menunjukkan peningkatan di negara ini.

"Saya berharap perlawanan yang hebat untuk disajikan kepada peminat di sini pada Isnin ini," katanya.

Di Beijing, Machester City menewaskan Arsenal 2-0.

Sabtu, 28 Julai 2012

Ejen:Kaka dalam rundingan Milan



Kaka tinggalkan Milan pada 2009.

AC Milan kini dalam rundingan dengan Kaka tentang kemungkinan kembali ke San Siro, demikian pengesahan oleh wakil pemain di Itali.

Kaka, 30, meninggalkan Milan untuk menyertai Real Madrid pada tahun 2009 dengan yuran €68.5 juta, yang menjadi rekod yuran perpindahan dunia yang baru sebelum kemasukan Cristiano Ronaldo.

Namun, rundingan mungkin berlarutan dengan AC Milan mensasarkan membayar sedikit daripada penilaian Real Madrid, €20 juta atau rundingan kontrak pinjaman setahun yang akan melihat tiada yuran dibayar dan hanya gaji 50% disumbangkan oleh The Rossoneri.

"Ya, kami bercakap tentang dia," kata Gaetano Paolillo. "Tapi saya tak boleh menambah maklumat lanjut ketika ini."

Khabar angin ketibaan pemain warga Brazil kian rancak, dengan pengumuman bahawa AC Milan tidak menamakan No.22 untuk musim akan datang, bermakna bahawa nombor jersi bekas pemain dari Brazil itu sentiasa ada.

Potensi ketibaan Kaka disambut positif oleh peminat Milan, yang menderita akibat pemergian Thiago Silva dan Zlatan Ibrahimovic beberapa minggu belakangan ini.

Ketibaan Kaka di San Siro mungkin menyaksikan pemergian Antonio Cassano, yang telah menyatakan kemungkinan keluar dari kelab musim panas ini.

Zamparini:Roma mahu Balzaretti


Balzaretti... Sasaran Roma.

Presiden Palermo, Maurizio Zamparini mendedahkan bahawa Roma berminat untuk menandatangani Federico Balzaretti.

The Sicilians sebelum ini menafikan mereka berunding dengan sisi The Stadio Olimpico untuk menjual pemain antarabangsa Itali itu, namun Zamparini kini mengakui The Giallorossi telah menyertai perlumbaan untuk menandatangani bek kiri tersebut.

"Selain Napoli, ada juga minat dari Rom, dan saya boleh beritahu bahawa ia bukan Lazio. Roma berminat menandatangani Balzaretti," kata Zamparini.

"Tapi, Palermo tak akan beri pemain dengan mudah. Kami tak perlu jual sesiapa, namun jika dia mahu pergi, kami sanggup membuka rundingan."

"Dia ada ciri-ciri yang bersesuaian di Roma. Dia akan cemerlang dengan gaya dan pengalamannya, seperti yang kita pernah lihat dengan skuad kebangsaan."

"Bergantung kepada pemain sama ada mahu sertai Napoli atau Roma. Kami akan teruskan rundingan minggu ini. Jika tiada perjanjian menjelang Julai 31, Balzaretti tak akan ke mana-mana."

Bek kiri itu mempunyai kontrak dengan Palermo sehingga Jun 2013.

Bonucci berisiko digantung 3tahun jika terlibat dalam skandal Scommessopoli



Bonucci mungkin digantung tiga tahun.

Bek Juventus, Leonardo Bonucci mungkin dihukum gantung tiga tahun berikutan peranannya dalam skandal Scommessopoli ketika FA Itali (FIGC) mengumumkan bahawa pemain akan menghadapi pertuduhan penipuan sukan.

FIGC mendedahkan nama 44 orang pemain dan 13 kelab yang didakwa berhubung peranan mereka dalam siasatan penetapan perlawanan, dengan Bonucci antara nama-nama berprofil tinggi di dalam senarai.

Bonucci, 25, dipercayai terlibat dalam isu penetapan keputusan perlawanan semasa tempohnya di Bari pada kempen 2009/10.

Tambahan pula, jurulatih Juventus, Antonio Conte mungkin digantung kerana menghadapi tuduhan bagi kegagalan melaporkan dua cubaan menjual perlawanansemasa di Siena.

Jurulatih yang memenangi Scudetto itu dipersoalkan oleh pihak pendakwaan awal musim panas ini, dan bebas daripada penipuan sukan. Namun, Conte kini dituduh kerana sedar tentang percubaan menetapkan keputusan perlawanan menentang Novara dan Albinoleffe.
.

Pellegrini Ragui Laporan Cazorla


Cazorla dibeli untuk Malaga dari Villarreal dengan harga 19 juta musim panas lepas.

Pengurus Malaga, Manuel Pellegrini tidak yakin pemilik kelab akan menerima bidaan €20 juta untuk Santi Cazorla.

Cazorla, 27, pemain antarabangsa Sepanyol, menyertai Malaga namun kelab berbelanja besar itu kini mengalami masalah kewangan termasuk gaji dan bonus tertunggak. Dilaporkan bahawa Arsenal telah bersetuju terma dengan pemain sayap ini, yang dilaporkan meminta kebenaran untuk meninggalkan Malaga dan bakal membuat urusniaga €20 juta.

Arsene Wenger kemudian menafikan perpindahan ini hampir dipersetujui namun the Gunners bukan satu-satunya kelab yang diketahui berminat dengan pemain ini dan memandangkan  Malaga ketika ini tidak boleh membeli pemain, difahamkan mereka mahu melepaskan pemain untuk mengatasi masalah hutang dengan seberapa segera yang boleh.

Namun selepas layak ke Liga Juara-juara,  Pellegrini percaya pemilik kelab tidak akan menerima apa yang dianggapnya sebagai tawaran yang rendah.

"Ada tawaran, seperti mereka kata, untuk Santi Cazorla," kata Pellegrini di sidang media.  "Untuk menjualnya €20 juta, ia seperti diberikan percuma. Saya tak fikir kelab berhasrat berbuat begitu.

"Saya banyak berbincang dengan [naib presiden] Abdullah Ghubn dan dengan keluarga  sheikh dan ia bukan mewakili mentaliti mereka. Ia akan menghantar isyarat yang salah menjelang kempen Liga Juara-juara kami.

"Jika tawaran yang menarik muncul untuk pemain ini, ia ajar untuk dipertimbangkan tapi saya tak fikir Santi akan pergi dengan harga €20 juta."

Villa akan kembali menentang Man United



Villa telah diketepikan sejak patah tulang tibia.

David Villa akan membuat kemunculan semula yang ditunggu-tunggu dalam aksi persahabatan bertemu Manchester United Ogos nanti selepas dia diketepikan lama akibat kecederaan.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu diketepikan sejak patah tulang tibia di dalam saingan Piala Dunia Kelab The Blaugrana dalam pertembungan separuh akhir dengan Al Sadd pada Disember lalu.

Striker itu berharap untuk kembali sebelum akhir musim lepas, tetapi dia akhirnya akur dalam usaha untuk membuktikan kecergasan bagi kempen Euro 2012 negaranya di Poland dan Ukraine.

Villa menghabiskan musim panasnya meneruskan pemulihan, walaupun terpaksa duduk menonton semasa aksi pertama di bawah kendalian Tito Vilanova, sejak menggantikan Pep Guardiola selaku jurulatih semasa bertemu Hamburg Selasa lalu, dijangka bahawa kemunculan semula bekas pemain Valencia itu telah ditetapkan pada 8 ogos semasa pertemuan dengan United di Stockholm.

Aquilani mahu kembali ke Roma


Masa depan Aquilani di Anfield kekal samar.

Midfielder Liverpool, Alberto Aquilani mengakui bahawa dia mahu kembali ke Roma musim lepas.
 
Aquilani, 28, meninggalkan kelab zaman kanak-kanaknya pada 2009 untuk Liga Perdana apabila pengurus Anfield ketika itu, Rafael Benitez membayar harga sehingga €20 juta (£15.6 juta) untuk playmaker tersebut.
 
Kecederaan menyebabkan Aquilani gagal menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, dan dia kemudiannya kembali semula Itali secara pinjaman bersama sisi Juventus dan AC Milan, namun kedua-dua kelab itu enggan mengambil pilihan membuat perpindahan kekal untuknya.
 
Midfielder itu kini mendedahkan dia mempunyai pilihan untuk kembali ke Roma berikutan tempoh bersama The Old Lady pada akhir musim 2010/11, ketika dia meningkatkan potensinya semasa menghadapi bekas majikannya.
 
"Saya ada peluang kembali ke Roma tahun lepas, dan malah bersedia untuk terima potongan gaji demi mewakili kelab lama saya sekali lagi," kata Aquilani.
 
"Menghadapi kelab lama sentiasa penuh emosi untuk saya, dan untuk berbuat demikian dalam jersi Liverpool akan berbeza berbanding ketika saya bermainuntuk Juventus dan Milan."
 
"(Jurulatih baru) Zdenek Zeman adalah pilihan tepat untuk kelab, walaupun saya rasa Luis Enrique juga melakukan kerja yang baik."

AVB bidas Dos


dos Santos mahu tinggalkan Tottenham

Andre Villas-Boas membidas Giovani dos Santos kerana mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan Tottenham.

Midfieldr Mexico yang dibeli dari Barcelona empat tahun yang lalu, minggu lepas menolak kepulangan ke White Hart Lane apabila kontraknya berakhir 12 bulan lagi.

Dos Santos, 23, ketika ini bertanding di Sukan Olimpik, mahu kembali ke Sepanyol.

Pengurus Tottenham, AVB memberitahu: “Saya tak pasti apakah yang difikirkan Gio ketika itu, keluar dengan kenyataan sedemikian.

“Pemain ini terikat kontrak dengan kelab. Kami menghormati dia dan mengharapkan kepulangannya untuk tugasan kelab.

“Kemudian kami akan buat keputusan yang terbaik untuk kelab.”

Chelsea buat bidaan baru 9 juta pound untuk Moses


Moses... ù juta?

Menurut laporan, Chelsea telah membuat tawaran baru untuk striker Wigan, Victor Moses, yang mungkin bernilai sehingga £9 juta.

Pemenang Liga Juara-juara itu telah beberapa kali dikaitkan dengan langkah pemain berusia 21 tahun tersebut dan dilaporkan tiga tawaran mereka ditolak oleh Wigan.

Tawaran tersebut melibatkan The Latics mengambil midfielder berbakat, Josh McEachran atau pemain antarabangsa Belgium, Romelu Lukaku secara pinjaman dari Chelsea, namun kesemuanya telah ditolak.

Dijangka Wigan mencari sekitar £10 juta untuk Moses dan tawaran terbaru Chelsea, yang melibatkan £6 juta dan tambahan £3 juta berdasarkan prestasi mungkin cukup untuk pengerusi, Dave Whelan.

United sedia untuk langkah Baines



Baines... Keutamaan bagi Sir Alex Ferguson.

Manchester United bersedia membuat langkah untuk Leighton Baines, namun telah menetapkan had £12 juta dalam cubaan menandatangani bek Everton itu.

Laporan menyebut bahawa pembelian Baines kekal sebagai keutamaan untuk Sir Alex Ferguson ketika dia dilihat mahu mendapatkan pengganti jangka panjang untuk Patrice Evra yang berusia 31 tahun.

Minat dari Old Trafford belum lagi melepasi rundingan tidak formal tetapi United bersedia meningkatkan pengejaran mereka dan mungkin membuat tawaran rasmi pertama mereka pada minggu hadapan.

Namun, juara liga 19 kali itu tidak bersedia membayar melebihi £12 juta bagi pemain yang Everton nilai £17 juta dan telah memutuskan mengehadkan pakej gaji mereka kepada £80,000 seminggu.

Everton sedia menawarkan Baines kontrak yang lebih baik untuk mengekalkan pemain itu, yang mana pengurus David Moyes menganggapnya sebagai aset yang penting dalam perancangannya.

Baines, 27, tersenarai dalam skuad terbaik tahunan PFA tahun ini berikutan kempen cemerlang dalam musim 2011/12 dan sistem Everton dibina di sekitar bek kiri tersebut. Dia juga merupakan pakar set-piece di dalam pasukan.

Khamis, 26 Julai 2012

Sao Paulo harap perjanjian Lucas ke United termeterai


Lucas... Perjanjian bersama United belum dimeterai.

Timbalan presiden Sao Paulo, Joao Paulo de Jesus Lopes berkata dia kekal berharap satu persetujuan dengan Manchester United masih boleh dicapai tentang bintang muda Brazil, Lucas Moura.
 
Agen Lucas menyangkal sepenuhnya perpindahan ke Old Trafford Selasa lalu selepas tawaran €35 juta United ditolak oleh kelab Brazil itu. Namun, Sao Paulo kini mendakwa mereka sedang membuka perbincangan dengan United sebelum jendela perpindahan ditutup.
 
"Saya tak tolak kemungkinan yang di masa depan kami buka perbincangan dengan Manchester United kerana kami terima mereka dengan penuh penghormatan," kata Lopes.
 
"Dan ada kemungkinan mereka datang semula dengan tawaran lain. Tawaran mereka adalah serius. Pasukan lain telah turut luahkan minat untuk Lucas, namun hanya melalui media dari negara mereka."
 
Hak pemilikan ekonomi Sao Paulo terhadap Lucas bakal turun 10% pada 1 Ogos ini, yang akan menyaksikan kelab hilang sekitar €4 juta jika mereka gagal mempersetujui satu perjanjian dalam tempoh beberapa hari ini.

Coates:Tiada pembelian ulangan


Coates tegaskan tiada pembelian pemain seperti musim lalu.

Pengerusi Stoke City, Peter Coates menegaskan bahawa Stoke City tidak mampu mengulangi perbelanjaan besar musim panas lalu, kecuali mereka jual seorang pemain.
 
Pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas 2011, Stoke berbelanja sekitar £20 juta untuk membawa Cameron Jerome, Peter Crouch dan Wilson Palacios ke Stadium Britannia.
 
Namun, Coates tidak yakin dapat melihat prestasi berulang pada musim panas ini, berkata, "Adakah kami akan belanja seperti kami lakukan tahun lepas? Kami tak mampu, dan mana-mana kelab lain saiz kami juga sama. Anda hanya boleh mempunyai skuad dengan saiz yang tertentu, jika tidak, mereka semua berdiri di tepi."
 
"Apa yang elok tentang itu? Jadi anda hanya mahu skuad pada ukuran tertentu dan kami sendiri nyata terlalu besar. Sama untuk kelab-kelab lain. Arsene Wenger berkata dia perlu keluarkan pemain di Arsenal sebelum boleh masukkan yang baru. Kita tiada bezanya. Apa yang kami mahu adalah 25 pemain terbaik, tapi itu mudah untuk dikatakan."
 
Stoke mempersetujui perjanjian £16 juta untuk bek Houston Dynamo, Geoff Cameron, tertakluk kepada permit kerja, namun tidak dijangka akan ada banyak aktiviti lanjutan.
 
Coates menambah, "Kami jangkakan beberapa perubahan sekeliling, tapi bukan dalam jumlah besar. Tapi jika ada yang datang untuk beberapa pemain kami dan ia sesuai, maka kami akan terbuka untuk potensi perjanjian."

Villa-Boas Sedia Beli Willian



Willian jadi buruan hangat dua kelab LPI

Tottenham telah membuat pertanyaan tentang pemain sasaran Chelsea, Willian dari Shakhtar Donetsk.
 
Pemain Brazil berusia 23 tahun itu mendedahkan beliau kecewa kerana kelab menolak tawaran dari Chelsea namun berharap perpindahannya akan menjadi kenyataan.
 
Shakhtar mahukan £19 juta untuk midfielder serangan ini dan Tottenham, yang tewas kepada  Chelsea untuk mendapatkan midfielder Internacional, Oscar, sedang mempertimbangkan membuat bidaan.
 
Andre Villas-Boas telah menghantar peninjau untuk memerhatikan pemain Brazil, Leandro Damiao dan Hulk minggu lepas.
 
Villas-Boas, yang juga dikaitkan dengan langkah peminjaman penyerang Roma, Marco Borriello, 30, berminat dengan pemain Fulham, Moussa Dembele namun akur untuk kehilangan penyerang pinjaman dari Manchester City, Emmanuel Adebayor kerana kebuntuan dalam rundingan gajinya.

Newcastle Jangkakan Ba Terus Kekal


Ba dijangka kekal bersama The Toon

Newcastle menafikan sama sekali bahawa Demba Ba semakin hampir menyertai Rubin Kazan.
 
Laporan dari Russia menyebut kelab hanya menunggu masa membincangkan terma peribadi dengan penyerang Senegal itu selepas menawarkan £7 juta yang telah mengaktifkan klausa kontraknya.
 
Tapi sumber dari Newcastle memberitahu tiada perhubungan dengan kelab Russia itu dan mereka kekal yakin bekas penyerang West Ham, yang menyertai Newcastle secara percuma setahun yang lalu, akan kekal di Tyneside untuk musim baru.
 
Klausa yang akan membenarkannya meninggalkan kelab akan berakhir hujung bulan ini.

Selasa, 24 Julai 2012

Chelsea diarah naikkan tawaran 35juta untuk Lewandowski


Lewandowski jadi buruan hangat.

Chelsea telah diberitahu bahawa mereka perlu menggandakan tawaran jika mahu mendapatkan Robert Lewandowski dari Borussia Dortmund.
 
Juara Eropah itu difahamkan membuat tawaran awal £13 juta yang dipertingkat kepada £ 17 juta untuk striker Poland, 23, yang berbaki dua tahun di dalam kontraknya.
 
Chelsea mempertimbangkan alternatif bagi harga mahal pemain Napoli, Edinson Cavani, namun Dortmund menilai Lewandowski menghampiri £35 juta.
 
Tottenham, Arsenal dan Manchester United juga berminat dengan Lewandowski. Ejennya, Maik Barthel berkata, "Yuran perpindahan £13 juta tak sesuai."

Rodgers sedia `berjuang`untuk kekalkan Skrtel di Liverpool



Skrtel digesa untuk kekal di kelab.

Brendan Rodgers menegaskan dia akan "berjuang" untuk mengekalkan Martin Skrtel di Liverpool, walaupun dakwaan dari pemain bahawa dia menarik minat beberapa kelab.
 
Bos yang baru dilantik itu telah mengenal pasti pemain bek tengah sebagai sebahagian perancangan utamanya untuk kempen akan datang dan difahami dia teruja untuk mengekalkan pemain berusia 27 tahun itu di kelab, menafikan dakwaan minat daripada pasukan lain.
 
Namun, Skrtel, yang telah diundi sebagai pemain terbaik kelab musim lepas, baru-baru ini dipetik mendakwa dalam media Slovakia bahawa Liverpool telah menerima beberapa tawaran untuk khidmatnya.
 
"Tidak, saya tak pernah dengar apa-apa daripada kelab lain." kata Rodgers.
 
"Martin hebat, kelihatan gembira dan berpuas hati. Dia sesuai dengan pelan dan idea saya. Saya akan berjuang untuk mengekalkan pemain yang saya mahu di sini dan dia salah seorang daripada mereka."
 
"Malangnya sentiasa ada khabar angin, spekulasi dan gosip, dan sehingga jendela perpindahan belum ditutup, itu akan berterusan."

Masa depan saya di tangan tuhan



Hulk belum sahkan kelab masa depannya.

Striker Porto, Hulk mengakui masih ragu-ragu mengenai masa depannya di The Estadio do Dragao.
 
Pemain antarabangsa Brazil itu kerap dikaitkan dengan Chelsea minggu-minggu kebelakangan ini, dengan ejen pemain mengakui beberapa kali dia terbuka kepada perubahan permandangan.
 
Wakil Hulk berkata bahawa Porto berazam mengekalkan striker mereka, namun pemain berusia 25 tahun itu masih tidak pasti mengenai masa depannya di kelab.
 
"Masa depan saya di tangan Tuhan," kata striker itu kepada wartawan di kem latihan Brazil di London. "Bila tiba pada isu pemindahan, saya serahkan segala-galanya kepada ejen saya."
 
"Saya fokus kepada pasukan kebangsaan."
 
Menjelang Sukan Olimpik, Hulk menyatakan dia bertekad membantu The Selecao memenangi pingat emas pertama mereka dalam kejohanan bola sepak.
 
"Siapa yang tak mahu jadi juara? Kita tahu tentang sejarah Brazil, itu akan menjadi sesuatu yang tak pernah berlaku sebelum ini," tegasnya.
 
"Kami ada kumpulan pemain yang bersatu padu. Kami tak akan teragak-agak, kami semua sangat fokus."

Laudrup:Masa depan Allen di Swansea diragui


Allen mungkin keluar dari Swansea.

Joe Allen kini mungkin di laluan keluar Stadium Liberty selepas pengurus Swansea City, Michael Laudrup mengakui bahawa dia belum bercakap dengan sasaran Liverpool itu mengenai masa depannya di kelab.
 
Allen, 22, yang menandatangani kontrak empat tahun baru bersama The Swans pada 2011, merupakan pemain yang mana bekas jurulatih, Brendan Rodgers akui mahu dibawanya ke Anfield.
 
Dan Laudrup menyatakan tidak banyak yang boleh dilakukannya bagi menghalang pemain antarabangsa Wales itu daripada pergi, sekiranya pemain mahu membuat langkah ke utara.
 
"Anda tak boleh katakan ya atau tidak tanpa bercakap dengan pemain," jelas bos yang baru dilantik itu.
 
"Anda perlu sentiasa tahu apa yang pemain mahu."
 
"Jika dia berkata 'Tak, saya mahu kekal, saya amat gembira di sini, tentu dia kekal. Tapi, sudah tentu, jika kita dapat tawaran yang amat besar dan pemain mahu pergi, buat apa kami mahu kekalkannya di sini?"

Vlaar Tidak Menjangkakan Perpindahan Ke Villa



Vlaar mungkin kekal di Belanda

Pemain pertahanan Feyenoord, Ron Vlaar menimbulkan keraguan tentang prospek perpindahan ke  Aston Villa.
 
Vlaar, bek tengah Belanda, 27, mengadakan perbincangan dengan Villa awal bulan ini dan berkata beliau telah diberikan "pandangan yang sangat positif" mengenai kelab. Namun ketika tidak menolak sebarang kemungkinan, beliau kini nampaknya mahu terus berada di De Kuip.
 
"Feyenoord berada dalam hati saya dan telah banyak yang saya harungi," ujar Vlaar. "Peluang yang saya ada, untuk pergi menyertai Aston Villa, saya tak fikir ia akan berlaku sekarang."
 
Sementara itu Villa mengesahkan Gabriel Agbonlahor tidak akan bermain untuk selama dua minggu kerana kecederaannya.  
 
Agbonlahor menanduk masuk gol kemenangan untuk Villa dalam kemenangan 1-0 mereka ke atas  Chicago Fire semasa perlawanan terbaru jelajah kelab di Amerika Syarikat. Bagaimanapun beliau selepas itu dikeluarkan kerana tercedera namun kelab memberitahu ia bukan masalah serius.
 
Mesej yang ditampal di laman Twitter rasmi Villa berbunyi: "Kecederaan Gabby Agbonlahor tidak seteruk seperti yang dibimbangi pada awalnya. Berehat untuk dua minggu."

Isnin, 23 Julai 2012

Rafael gesa Moura Untuk Sertai Red Devils


Lucas diminati Man Utd.

Rafael telah meminta Lucas Moura untuk menyertai Manchester United dan telah mendakwa rakan senegaranya dari Brazil itu teruja tentang prospek berpindah ke Old Trafford.
 
Midfielder remaja, Lucas adalah salah seorang bakat yang paling diburu dunia bola sepak dan telah dilaporkan menjadi subjek tawaran daripada Red Devils.
 
Kelab terkininya, Sao Paulo mendakwa telah menolak satu tawaran €35 juta (£27 juta) buat pemain berusia 19 tahun itu, yang turut menjadi sasaran Inter Milan.
 
Lucas kini menjadi sebahagian daripada skuad Brazil untuk Olimpik, di samping Rafael, dan dilihat dua pemain itu telah bercakap tentang peluangnya untuk menyertai United.
 
Bek tepi, Rafael berkata: "Ya, semestinya saya dah beritahu Lucas dia patut datang ke Manchester United."
 
Dan ketika ditanya samada Lucas teruja tentang datang ke United, Rafael menjawab: "Ya, ya!"

Tiaada perbincangan tentang Damiao Dengan Milan



Damiao dalam perhatian AC Milan.

Presiden Internacional, Giovanni Luigi telah menegaskan yang kelab itu tidak dalam perbincangan dengan AC Milan tentang kemungkinan menjual Leandro Damiao.
 
Penyerang Brazil itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Eropah selepas muncul sebagai salah seorang bakat muda menyerlah di tanah airnya.
 
Agen Damiao, Vinicius Prates, mendakwa telah bertemu dengan wakil Milan, namun Luigi berkata Internacional yang akan menentukan apa berlaku kepada pemain itu dan mereka berhajat mahu mengekalkannya di kelab.
 
"Tiada perbincangan buat masa ini. Tiada kerana kami tak mahu lepaskan dia pergi," kata Luigi.
 
"Agen Leandro Damiao mungkin dah bincang dengan Milan, tapi Internacional, bukan agen, yang uruskan perbincangan."
 
"Kami tak berhajat untuk buka sebarang perbincangan. Pemain itu bukan untuk dijual, jadi tak guna untuk jangka harganya."