Rabu, 24 Oktober 2012

Smalling dan Jones hampir kembali


Pemain berbakat, Phil Jones tawarkan Man United kualiti dan versatiliti.


Pemain Manchester United, Chris Smalling dan Phil Jones ada dua atau tiga minggu lagi sebelum kembali bersama skuad utama, demikian menurut Sir Alex Ferguson.
 
Dua pemain bek antarabangsa England itu masih belum bermain musim ini ketika krisis kecederaan pertahanan Manchester United berterusan, yang turut menyaksikan ketiadaan Nemanja Vidic.
 
Smalling mengalami patah metatarsal manakala Jones menjalani pembedahan pada lututnya tetapi Ferguson menyatakan bekas pemain Fulham itu akan kembali dalam latihan dan pembelian £16 juta dari Blackburn tersebut akan menyertainya.
 
"Chris berlatih (Isnin) pagi dengan (skuad simpanan jurulatih) Warren Joyce," kata Ferguson. "Dia telah berlatih di sana beberapa hari tetapi ia latihan tanpa sentuhan. Apa yang positif adalah dia pasti dalam laluan kembali. Saya jangka Phil Jones bermula Isnin depan dan kedua-dua mereka ada dua atau tiga minggu lagi."

Pulis Mahu Ubah Stail Stoke


Pengurus the Potters ini mahu mengubah stail permainan pasukan Stadium Brittania ini.


Pengurus Stoke City, Tony Pulis menyatakan hasrat untuk memperkenalkan falsafah baru permainan perancangan dan penguasaan bola untuk memenangi perlawanan berbanding bergantung kepada kekuatan fizikal pemain dari hantaran jauh dan set-pieces.
 
Pengurus the Potters memberitahu beliau sedia untuk "mengubah" stail apsukannya untuk permainan yang lebih lincah, hantaran pantas tanpa menjejaskan kepantasan perubahan dari pertahanan ke serangan.
 
Bercakap mengenai perubahan stail sebegini, Pulis menekankan perlunya kesabaran kerana perubahan drastik tidak dapat dilakukan dalam sehari dua.
 
"Kami cuba untuk berubah dan kami ada pemain yang lebih baik, tapi kamu perlu ada keseimbangan dan tidak perlu terburu-buru," ujarnya.
 
"Kami tahu kami cuba untuk berubah untuk pasukan dapat bermain lebih pantas di atas padang. Saya tidak pernah mengubah pandangan saya mengenainya."
 
"Kami mahukan hantaran yang pendek dan pantas tapi di serata padang, bukannya ke belakang atau ketepi."

Hitzlsperger Mahukan Kontrak Jangka Panjang Di Everton


Bekas pemain antarabangsa Jerman ini berharap dapat memanjangkan kontraknya.


Thomas Hitzlsperger merayu untuk dapat memberikan peluang kenapa beliau berhak mendapat kontrak jangka masa panjang di Goodison Park kepada pengurus pasukan, David Moyes dan penyokong Everton.
 
Bekas midfielder Aston Villa dan West Ham itu menjadi ejen bebas selepas dilepaskan oleh kelab Bundesliga, Wolfsburg pada musim lepas dan menandatangani kontrak jangka pendek sehingga Januari nanti pada hari Jumaat lepas.
 
Bagaimanapun midfielder berusia 30 tahun itu telah pun menetapkan sasaran untuk memanjangkan tempohnya bersama kelab.
 
"Terlebih dahulu segala fokus saya tertumpu kepada jangka masa pendek," kata bekas pemain antarabangsa Jerman ini.
 
"Tidak ada banyak perlawanan dari sekarang hingga Januari tapi saya mahu kekal melepasi bulan Januari ini kerana saya begitu gembira di sini."
 
"Saya fikir ia berada dalam tangan saya. Saya akan mendapat banyak peluang untuk menunjukkan apa yang boleh saya lakukan semasa latihan dan harapnya saya akan mendapat banyak perlawanan dan dapat membuktikan kepada pengurus ia berbaloi untuk mengekalkan saya selepas Januari. Itu sebabnya saya akan berusaha dengan begitu gigih."
 
Hitzlsperger memberitahu beliau gembira dapat kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas mengalami kekecewaan tersingkir divisyen bersama West Ham di musim 2010-11.

Zidane nafi perselisihan dengan Mourinho


Zinedine Zidane mahu menguruskan Perancis suatu hari nanti.


Pengarah sukan Real Madrid, Zinedine Zidane menafikan khabar angin dia tidak boleh bertentang mata dengan bos kelab, Jose Mourinho.
 
Bekas midfielder Real itu menyertai kelab dalam peranan semasa pada bulan Julai 2011 tetapi kini kurang interaksi harian bersama skuad utama.
 
Laporan Marca bulan lalu menyebut bahawa Zidane tidak gembira kerana diketepikan Mourinho, bagaimanapun dia menafikan dakwaan tersebut.
 
"Saya tiada masalah dengan Mourinho," kata Zidane. "Sebaliknya, saya belajar banyak daripada dia."
 
Bekas pemain antarabangsa Perancis itu turut menjelaskan alasannya tidak berada di sekitar kem latihan Valdebebas kelab setiap hari kerana dia bersedia untuk menjadi jurulatih yang berkelayakan.
 
"Di Real saya belajar tentang kelab hebat," katanya. "Semangat saya adalah untuk berada di padang setiap hari agar saya boleh putuskan kembali ke Perancis untuk belajar. Saya belajar untuk menjadi jurulatih yang hebat. Saya yakin cara untuk menjadi seorang jurulatih yang hebat hari ini adalah dengan menjadi pengurus hebat di bilik persalinan. Itu adalah asas."

Atletico Madrid Mahu Sediakan 12juta pound Untuk Hernandez


Hernandez hanya memulakan satu perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.


Atletico Madrid mengharapkan penyerang Manchester United, Javier Hernandez dapat mengisi tempat Radamel Falcao sekiranya beliau pergi seperti yang dijangkakan pada Januari nanti.
 
Falcao, 26, menjadi penyerang paling diburu di Eropah dan Chelsea, Paris Saint-Germain dan  Manchester City sedang bersaing untuk memenuhi klausa penjualannya sebanyak £46 juta di jendela perpindahan seterusnya.
 
Pemain Colombia itu telah pun menyatakan keinginan untuk meninggalkan kelab ibu negara Sepanyol tersebut dan Atletico berharap dapat membawa Hernandez sebagai penggantinya.
 
Pemain Mexico berusia  24 tahun itu tiba di England dengan harga sekitar £7 juta pada tahun 2010 dan walaupun membuat impak segera di kelab, beliau ketinggalan di belakang Wayne Rooney, Danny Welbeck dan ketibaan musim panas, Robin van Persie dalam pemilihan pemain di Old
Trafford musim ini.
 
Hernandez – yang menjaringkan 20 gol dalam kempen debutnya di United serta memulakan final Liga Juara-juara – hanya memulakan satu perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini serta menjaringkan satu gol dari tujuh penampilannya.
 
Fiorentina juga berminat membuat pembelian Januari untuk pemain dengan nama gelaran 'Chicarito' ini namun hanya mampu membayar £8 juta dan pasti diketepikan sekiranya Atletico memiliki wang hasil penjualan Falcao.

Saya boleh bermain di bek kiri


Remaja Sepanyol ini yakin dengan kebolehannya.


Bek Real Madrid, Nacho berkata dia bersedia untuk melangkah ke skuad utama bagi pertembungan Sabtu ini menentang Celta Vigo.

Kelab gergasi Sepanyol itu telah kehilangan beberapa pemain akibat kecederaan yang meningkat semasa rehat antarabangsa, termasuk Marcelo, Fabio Coentrao dan Alvaro Arbeloa.

Jurulatih, Jose Mourinho mempunyai beberapa pilihan apabila pasukannya menjadi tuan rumah kepada OS Celestes hujung minggu ini dan dia mungkin terpaksa beralih kepada Nacho, 22.

Pemain Castilla tersebut secara rasminya menjadi sebahagian daripada skuad utama musim ini tetapi masih belum bermain di La Liga tahun ini. Walau bagaimanapun, dengan pilihan skuad utama tiada, remaja berkeyakinan tinggi ini percaya ini adalah peluang untuk membuktikan dirinya.

"Saya berlatih sepanjang tahun bersama skuad utama, jurulatih kenal saya dan saya bekerja keras, jadi apabila saya dapat peluang untuk buktikan diri, saya akan lakukannya. Saya dah habiskan banyak masa dengan skuad utama dan saya ada motivasi yang betul," demikian kenyataannya yang dipetik oleh Marca.

Kebiasaannya beraksi di bek tengah, Nacho yang berkaki kanan tidak ragu-ragu bermain di bek kiri, kedudukan di mana dia sebenarnya membuat debut untuk Real pada musim pertama Mourinho di kelab.

"Saya bermain di tengah, tapi saya juga banyak kali bermain di belakang. saya tak mempunyai masalah bermain di mana-mana yang jurulatih mahu saya. Saya tangan kanan, bagaimanapun, saya masih boleh bermain di sisi kiri," katanya membuat kesimpulan.

Guiseppe Rossi Berbincang Perpindahan ke Inter


Penyerang Itali ini berehat hampir setahun kerana kecederaan ligamen lutut.


Giuseppe Rossi mengakui mungkin berminat dengan perpindahan Januari ke Inter.
 
Penyerang Villarreal itu telah menghabiskan 12 bulan lepas di tepi padang berikutan dua kecederan ligamen lutut berturut-turut.
 
Dan meskipun nampak menolak perpindahan ke Roma, proses pemulihan bersama the Nerrazurri nampaknya menjadi imaginasi pemain antarabangsa Itali tersebut.
 
"Sasaran saya ialah untuk kembali ke padang di Sepanyol, Itali atau pun tempat lain," kata Rossi.
 
"Ia tidak benar yang saya akan menjalani pemulihan saya di Roma tapi saya rasa positif mengenai lutut saya. Inter? Siapa yang tidak mahu bermain di situ? Mereka adalah pasukan yang saya gemari, dengan projek yang ada skop untuk kemajuan."

Juventus mahukan Llorente


Dikehendaki: Fernando Llorente sedang dinilai oleh Juventus.


Juventus telah menaikkan cubaan dalam perlumbaan menandatangani Fernando Llorente melalui rangkaan kontrak untuk menjadikan dia pembelian terbaik mereka.

Dalam pengakuan yang berniat menguji keazaman pengurus Arsenal, Arsene Wenger, Juventus meletakkan bersama-sama pakej jangka panjang £145,000 seminggu untuk menggoda penyerang Athletic Bilbao itu ke Turin.

Laporan mendedahkan minggu lepas bagaimana Wenger berikrar untuk mendapatkan pengganti yang layak untuk Robin van Persie dalam jendela Januari dan meletakkan Llorente di bahagian atas senarainya.

Namun, juara Serie A, Juventus yakin mereka berada di kedudukan kukuh, selepas tewas kepada Manchester United untuk Van Persie pada permulaan musim ini.

Seperti Arsenal, mereka juga perlukan striker, dan aktiviti di sebalik tabir sejak beberapa minggu lalu menyebabkan mereka berhati-hati optimis bahawa Llorente, 27 tahun, akan mengisi kekosongan sama ada dalam Januari atau apabila kontraknya tamat pada musim panas.

Bilbao mungkin akan membuatkan mereka menunggu, namun satu pergaduhan di kem latihan dengan Marcelo Bielsa awal bulan ini, apabila jurulatih memerintahkannya keluar padang sebelum sesi berakhir, menunjukkan perjanjian potongan harga boleh dipersetujui pada Tahun Baru.

Juventus sertai AC Milan dalam perlumbaan dapatkan Nani


Pemain sayap yang masa depannya tidak menentu kelihatan kian cenderung untuk keluar dari Old Trafford.


Juara Serie A, Juventus bakal menyertai AC Milan dalam perlumbaan menandatangani pemain sayap Manchester United, Nani.
 
Sisi Massimiliano Allegri kini mendahului senarai kelab yang mengejar bekas bintang Sporting Lisbon itu, namun berminat perjanjian harga potongan £12 juta untuk pemain antarabangsa Portugal tersebut.
 
Nani, 25, yang beraksi ketika Portugal seri 1-1 dengan Ireland Utara Selasa lalu, kelihatan hampir pasti meninggalkan Old Trafford tahun depan ketika rundingan tentang kontrak baru di United tergantung, dengan Juventus bersedia merampas pemain melalui pihak ketiga.
 
Walaupun telah mengumpul lebih 200 penampilan untuk Red Devils sejak tiba pada Julai 2007, Nani bergelut untuk mendapat tempat tetap dalam kesebelasan utama Sir Alex Ferguson musim ini.
 
Midfielder kelahiran Cape Verde itu ditinggalkan skuad ketika United menang 3-0 menentang Newcastle dalam aksi Liga Perdana terkini mereka, dengan Sir Alex Ferguson memilih untuk menggunakan sistem pemain sayap terhad.
 
Dipercayai Ferguson bersedia melepaskan pemain sayap itu tetapi berminat menerima sejumlah wang bernilai £20 juta untuk pemain yang berusia 20 tahun pada lima tahun yang lalu.
 
Juventus kini berada di puncak Serie A selepas enam kemenangan daripada tujuh perlawanan pembukaan kempen 2012/13, dengan kem Nani seolah-olah melihat kelab yang berpangkalan di Turin sebagai destinasi ideal untuk pemain itu.

Hoeness:Robben akan kekal di Bayern


Robben sertai kelab dari Real Madrid pada 2009.


Presiden Bayern Munich, Uli Hoeness telah memuji Arjen Robben, dan menyebut yang dia berharap winger Belanda itu akan kekal bersama gergasi Bavaria tersebut untuk baki kariernya.

Robben, 28, menyertai kelab dari Real Madrid pada 2009 dan telah menjadi pemain penting, menjaringkan 56 gol dalam 97 penampilan.
Warga Belanda itu telah terlibat dalam tempoh berjaya buat kelab tersebut, di mana kelab telah meraih satu kejuaraan Bundesliga, Piala DFB Pokal dan dua Piala Super Jerman, di samping kemaraan hebat di Liga Juara-juara.

Namun di pertandingan terulung Eropah itu yang peminat Bayern mempunyai emosi bercampur-campur dengan Robben. Malah winger itu diejek disebabkan persembahan buruknya sewaktu final musim lalu sewaktu dia terlepas banyak peluang baik, termasuk satu penalti ketika dia terpaksa menyaksikan bekas rakan sepasukannya di Chelsea membawa pulang trofi utama tersebut.

Hoeness masih kekal peminat besar pemain itu, sehingga dia telah meletakkan Robben sebagai salah seorang pemain terbaik pernah menyarung jersi Bayern. Dan, walaupun dengan fakta dia berada dalam kontrak sehingga 2015, Hoeness berharap dia akan menamatkan kariernya bersama kelab dari Bavaria itu.

"Arjen Robben kekal salah seorang pemain terbaik pernah sarung jersi Bayern Munich, dan itulah sebabnya dia akan kekal di sini selamanya," kata Hoeness. "Dia telah berikan beberapa persembahan mantap buat Bayern sejak beberapa tahun dulu. Dia seorang diri telah bantu kami mara ke suku akhir dan separuh akhir Liga Juara-juara pada 2010."

Khamis, 18 Oktober 2012

Taarabt Mohon Lebih Masa


Adel Taarabt rayu kesabaran di QPR


Adel Taarabt merayu untuk kesabaran di Queens Park Rangers dengan alasan kumpulan pemain baru kelab memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris.
 
QPR yang dibimbing Mark Hughes berada di tangga tercorot liga dengan hanya dua mata dari tujuh perlawanan namun Taarabt memberitahu bahawa ia bukan saja mengenai pembelian musim panas tapi kuantiti pemain tersebut yang datang dari luar negara dengan tiada pengalaman aksi di Liga Perdana Inggeris.
 
Taarabt, yang memulakan kariernya di Lens, memberikan rujukan khusus tentang pemain seperti Esteban Granero yang perlu membiasakan diri dengan stail permainan hantaran yang berbeza.
 
"Kami ada ramai pemain, ia benar," ujar Taarabt. "Tapi kami ada pemain luar yang masih belum menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris."
 
"Untuk Esteban [Granero], dia cuba memastikan bola di bawah dan bermain dengan cara begitu – tapi ia sukar dan kami perlukan masa."

Benteke Mahu Berikan Gol Untuk Lambert


Christian Benteke merupakan pemain antarabangsa Belgium


Christian Benteke melihat dirinya menjadi tumpuan di Aston Villa dengan laporan perselisihan di antara pengurus Paul Lambert dan penyerang pasukan Darren Bent.
 
Benteke, yang tiba dari Genk dengan harga £8 juta pada musim panas ini, telah dipilih sebagai penyerang kesebelasan utama dan mengenepikan Darren Bent, pemain antarabangsa England berharga £24 juta,  lalu mencetuskan persoalan di kalangan penyokong.
 
Beliau masih bergelut untuk menjaringkan gol bagi menjustifikasikan pengenepian Bent dari pasukan, hanya menjaringkan satu gol namun berikrar untuk memperbaiki statistik tersebut.
 
"Secara peribadi, Paul Lambert pengurus yang sempurna untuk saya. Beliau telah membawa saya dari Genk dan memberikan kepercayaan tinggi kepada saya, jadi saya gembira bermain untuk beliau," ujarnya.
 
"Saya mahu pulangkan kepercayaan itu di atas padang. Pengurus telah memberitahu saya yang beliau fikir saya boleh buat peningkatan sebagai seorang pemain dan saya mahu buktikannya kepadanya."
 
"Apabila anda seorang penyerang muda dan anda tahu pengurus mahukan anda, untuk kelab anda untuk pasukan kebangsaan anda, maka ia lebih mudah untuk bermain dan menikmati permainan anda."

Mignolet Harapkan Sokongan Tempat Sendiri


Mignolet menantikan satu lagi perlawanan setempat


Penjaga gol Sunderland, Simon Mignolet percaya pasukannya perlu memanfaatkan penyokong mereka sebagai kelebihan dalam perlawanan Wear-Tyne nanti.
 
Mignolet, 24, mahu merasai perbezaan dalam atmosfera di  Stadium of Light musim ini, pujian yang beliau berikan kepada penyokong kelab kerana menyediakannya.
 
Dan pemain antarabangsa Belgium itu merasakan pasukannya perlu menggunakan atsmofera ini sebagai kelebihan jika mahukan keputusan.
 
"Bunyi bingit di dalam stadium semasa sepak mula memang luar biasa. Saya masih ingat lagi perlawanan setempat yang saya main, saya bercakap dengan pemain pertahanan di depan saya tapi mereka tak dapat mendengarnya, ia begitu bingit," ujarnya.
 
"Ia akan jadi sengit dan penyokong akan berada di belakang kami jadi harapnya kami sekali lagi dapat keputusan yang bagus."
 
"Dalam perlawanan tempat sendiri kami merasai perbezaanya berbanding musim lepas. Kini penyokong di tempat sendiri memberikan sokongan kepada kami dan ia memang hanya akan dapat membantu kami mengutip lebih mata di tempat sendiri."
 

Koscienly:Suarez Seorang 'Penipu'


Koscielny mengecam penyerang Liverpool, Luis Suarez


Pemain pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny mengecam penyerang Liverpool, Luis Suarez, menuduhnya sebagai "penipu".
 
Suarez, 25, jadi tumpuan lewat ini selepas dikritik oleh pengurus Stoke, Tony Pulis dan naib presiden  FIFA,  Jim Boyce kerana mudah menjatuhkan badannya ketika debat mengenai simulasi permainan berterusan.
 
Kini Koscielny, 27, menyertai mereka yang mengkritik, menamakan pemain antarabangsa Uruguay itu sebagai pemain yang tidak digemarinya kerana sikap tersebut.
 
"Siapa penyerang yang saya benci untuk berjumpa? Suarez," Koscielny memberitahu. "Dia meletihkan untuk dihadap. Dia menipu. Dia menarik baju anda, memperbesar-besarkan keadaan. Anda sentiasa mahu menendangnya tapi anda kena berhati-hati untuk dikenakan kad merah."
 
"Sebagai contoh 2 September lepas menentang Liverpool, ia adalah kes dengan Luis Suarez."
 
"Dia pemain yang gemar untuk sengaja jatuh sebaik ada sentuhan. Semasa mencabar, kami berlaga dan dia terjatuh."
 
"Dia mula bercakap dengan saya dalam bahasa Inggeris, untuk mengatakan ia adalah penalti."

Cazorla Beritahu Iniesta Idolanya


Cazorla mahu mencontohi idolanya, Iniesta


Pemain perancang Arsenal, Santi Cazorla mendedahkan beliau membentuk permainannya berdasarkan gaya rakan sepasukan Sepanyolnya, Andres Iniesta, menggelar midfielder Barcelona itu sebagai 'pemain bola sepak total'.
 
Cazorla, 27, menyerlah di kelab barunya dengan dua gol dan dua hantaran gol dari tujuh perlawanan liga setakat ini selepas menyertai kelab dari Malaga musim panas lepas. Namun midfielder itu sedar beliau masih ada perjalanan yang panjang sebelum sampai ke tahap seperti idolanya.
 
"Iniesta adalah standard di mana saya mengukur diri saya sendiri," ujar Cazorla. "Bermain di sebelahnya adalah satu perkara yang berbeza. Dia pemain bola sepak total dari segenap sudut."
 
"Saya cuba meniru perkara yang dia lakukan tapi ia sangat sukar. Masalahnya ialah apabila dia yang melakukannya, dia menjadikan ia nampak mudah tapi kemudian anda mencubanya dan anda temui kesukaran. Andres adalah model contoh dalam dan luar padang."

Mourinho pertimbang langkah mengejut untuk Schmeichel


Sasaran Real: Penjaga gol, Kasper Schmeichel.


Penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel merupakan sasaran mengejut untuk gergasi Sepanyol, Real Madrid.
 
Anak Peter, legenda Manchester United itu dikenal pasti sebagai pengganti jangka panjang untuk penjaga gol pilihan utama semasa Real, Iker Casillas.
 
Ini berikutan arahan bos Real, Jose Mourinho kepada jurulatih penjaga gol, Louro Silvino agar merekrut penjaga gol muda untuk memberi persaingan kepada Casillas, demikian laporan The Daily Star.
 
Real juga kini sedang memantau pemain Real Zaragoza berusia 26 tahun, Roberto dan Fernandez Andres, 25, dari Osasuna.
 
Schmeichel, 25, telah dipilih sebagai pemain Leicester terbaik musim pada kempen lepas.
 
Penjaga gol Denmark Bawah-21 itu memulakan kerjayanya di Manchester City dan membuat debut liga secara pinjaman di Darlington pada 2006.
 
Schmeichel sebelum ini pernah mempunyai tempoh di Notts County dan Leeds sebelum menyertai Leicester pada 2011.

Messi Anggap Clasicos Semakin Bagus


Messi percaya persamaan Barcelona dan Real Madrid cetuskan pertembungan luar biasa


Lionel Messi percaya bahawa standard kualiti dalam perlawanan di antara Barcelona dan Real Madrid semakin meningkat setiap kali mereka bertemu.

Messi dan Cristiano Ronaldo, masing-masing menjaringkan dua gol semasa kedua-dua pasukan seri 2-2 di Nou Camp malam Ahad lalu dan penyerang antarabangsa Argentina itu merasakan pertembungan yang semakin kerap hanya memajukan kedua-dua pasukan.

"Kami [telah] bermain dengan begitu kerap sehinggakan kami mengenali hati [setiap pemain] mereka," ujar Messi .

"Ia menjadi semakin sukar untuk kedua-dua pasukan, itu sebabnya perlawanan menjadi semakin lebih bagus.

"Ia perlawanan yang menarik menentang Real Madrid, amat menarik untuk mereka yang menontonnya. Ia rumit seperti pertembungan musuh tradisi yang lain, mereka boleh memenanginya dan begitu juga kami."

Tandatangan cek 48juta pound dan Falcao milik anda


Aset hangat: Falcao dinilai ô8 juta oleh Atletico Madrid.


Radamel Falcao akan dibenarkan meninggalkan Atletico Madrid jika sama ada Manchester City atau Chelsea meletakkan tawaran £48 juta yang dituntut oleh ketua kelab Sepanyol itu.

Bos City, Roberto Mancini terbang ke Sepanyol untuk menyaksikan striker itu di hujung minggu. Dan bos warga Itali tersebut menyaksikan tonggak Colombia menjaringkan gol kelapan musim La Liga ketika Atletico menewaskan Malaga 2-1.

Falcao menjaringkan 36 gol musim lalu dan yuran yang diterima untuk perpindahannya akan jelas melunaskan hutang kelab itu.

Namun, dengan tag harga setinggi £48 juta, senarai kelab dengan pengaruh kewangan yang mampu membelinya terhad kepada hanya City dan juara Eropah, Chelsea di Liga Perdana Barclays.

Pengarah Urusan Atletico, Gil Marin berkata, "€60 juta (£48 juta) untuk Falcao akan selesaikan semua masalah ekonomi di Atletico."

"Saya boleh katakan dengan pasti, walaupun dia akan kekal bersama kami sehingga akhir musim. Bukan saja dia akan kekal, tapi begitu juga semua pemain, jurulatih mahu mereka kekal."

"Kami akan berjuang untuk cipta keajaiban yang merupakan apa yang kami lakukan dengan apa yang ada."

"Di Eropah ada 50 kelab dengan pendapatan yang lebih daripada apa kami ada. Jika kami mahumenjual Falcao pada harga €60 juta, maka itu akan meliputi hutang kami."

Lisandro Sedia Untuk Perpindahan Ke Serie A


Lisandro telah lama menjadi sasaran the Viola


Penyerang Lyon Lisandro Lopez dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai Fiorentina bulan Januari ini.
 
Penyerang antarabangsa Argentina berusia 29 tahun itu telah lama menjadi sasaran the Viola namun tidak mengukuhkan minat tersebut sehinggalah sekarang. Akhbar Itali mendakwa bidaan  €11 juta mungkin disediakan untuk Lopez yang menyertai Lyon pada tahun 2009 dengan harga €24 juta.
 
Kehilangan Lopez akan berikan kesan besar kepada Lyon apatah lagi selepas kehilangan Hugo Lloris kepada  Tottenham pada musim panas lepas. Namun pengurus Remi Garde tidak terlalu bimbang dengan kemungkinan perpindahan itu.
 
''Saya tak bimbang sekarang...sekurang-kurangnya hingga 1 Januari [hari pembukaan jendela perpindahan], saya tiada maklumat lagi tapi saya tak terkejut melihat ada pasukan berminat dengan  'Licha', ujarnya."

Milan sasar bek Marseille


Nkoulou jadi sasaran AC Milan.


Bek Marseille, Nicolas Nkoulou sedang dipantau oleh AC Milan dengan cadangan untuk mendapatkannya musim panas depan.
 
Ariedo Braida, bos nombor tiga di Milan di belakang Silvio Berlusconi dan Adriano Galliani, berkata yang kelab Itali itu sedang memantau pemain kebangsaan Cameroon tersebut sejak tempoh tiga tahunnya di Monaco tamat pada 2011. "Saya lihat dengan sendiri aksi pertamanya bersama Monaco," katanya.
 
Walaupun minat Milan untuk mendapatkannya tidak akan dimeterai dalam masa terdekat, dengan Braida menambah yang situasi kewangan mengganggu pergerakan mereka di pasaran.
 
"Kami sedang pantaunya, namun kami telahpun ada enam bek tepi. Mungkin untuk musim depan. Hari ini, yuran sangat tinggi. Sewaktu jendela perpindahan musim sejuk, kami tiada wang untuk dapatkan seorang bek hebat."

Rabu, 17 Oktober 2012

Bradley gembira di Roma


Bradley hanya fokus untuk jadi salah seorang tunjang utama.


Agen Michael Bradley telah menghargai minat Valencia terhadap midfielder Roma itu namun menegaskan kliennya hanya fokus untuk menjadi 'salah seorang tunjang utama' barisan Serie A tersebut.
 
Bradley, 25, menjaringkan gol pertamanya buat Roma sewaktu menang 2-0 ke atas Atalanta, menjurus kepada spekulasi di media Sepanyol yang prestasi hebatnya itu telah menarik perhatian Los Che.
 
Namun Paolo Alberto Faccini berkata ini bukan tumpuan pemain itu buat masa ini, dan berkata: "Apabila ada minat terhadap seorang klien ia sentiasa bagus, namun buat masa ini tak sesuai untuk cakap tentang kelab lain."
 
"Bradley, saya harap, sedang hampir jadi salah seorang tunjang utama pasukan Roma ini. Saya rasa ia salah satu persembahan terbaik Michael jika kita lihat dari satu konteks. Dia kembali dari kecederaan panjang pada saat sukar buat pasukan, dan dia jaringkan gol pertamanya buat kelab."
 
Laporan juga memberi bayangan tentang masalah di kem Roma disebabkan taktik Zdenek Zeman namun Faccini meredakan tentang khabar tersebut, dan mendakwa pemain kebangsaan AS tersebut mempunyai kepercayaan terhadap kaedah pengurusnya itu.
 
"Saya di rumah dengannya selepas perlawanan dan dia sangat gembira," tambah Faccini. "Tapi dia mampu beri lebih lagi, dan saya yakin dia akan jadi pemain utama pasukan."
 
"Semalam saya dengar Zeman gembira dengan komitmen dan kegigihan cara Bradley berlatih. Dia ada hubungan sangat baik dengan bos itu dan percaya dengan cara pengurusannya."

Ogbanna Gembira Dengan Minat Liverpool


Angelo Ogbonna ada kontrak dengan Torino hingga 2016


Pemain pertahanan Torino, Angelo Ogbonna memberitahu beliau gembira dikaitkan dengan Liverpoool dan enggan menolak kemungkinan perpindahan.
 
Ogbonna, 24, ada kempen yang menarik musim lepas, membantu pasukannya kembali ke Serie A dan turut mendapat tempat dalam skuad Kejohanan Eropah 2012 Itali.
 
Dan selepas laporan mengatakan beliau diminati oleh Manchester United, pandangannya kini terarah kepada Liverpool – dan ia menggembirakan dirinya.
 
"Memang menggembirakan untuk dikaitkan dengan kelab bola sepak Liverpool, antara kelab terbesar di dunia. Ia sangat masyhur," ujarnya.
 
"Bagaimanapun, kontrak saya bersama Torino berakhir pada tahun 2016 dan saya menyukai Torino sebagai sebuah kelab. Tapi anda tak pernah akan tahu."
 
Ogbonna telah diketepikan dari skuad Itali untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang  Armenia dan Denmark, kerana kecederaan.
Pengurus Itali, Cesare Prandelli masih belum mengumumkan penggantinya.

Massimiliano Allegri Kecam Pengadil Selepas Kalah Dengan Inter


Pengurus Milan ini berang dengan beberapa keputusan pengadil yang didakwa tidak menyebelahinya


Pengurus AC Milan, Massimiliano Allegri mengkritik pengadil Paolo Valeri berikutan kekalahan pasukannya kepada Inter di perlawanan Serie A hujung minggu lalu.
 
The Rossoneri bolos di awal separuh masa pertama dan meskipun bermain dengan kelebihan seorang pemain di sebahagian besar separuh masa kedua, berikutan kad merah Yuto Nagatomo, mereka gagal mencari gol penyamaan.
 
Allegri meletakkan kesalahan kepada kekalahan keempat pasukannya musim ini kepada Valeri, yang beliau percaya melakukan banyak kesilapan terhadap insiden yang "sangat jelas."
 
"Saya tak pernah membincangkan tentang pengadil. Tapi kali ini saya perlu lakukannya. Pengadil buat kesilapan dalam perlawanan ini," ujar Allegri.
 
"Di separuh masa pertama, dia melakukan kesilapan teknikal. Dia meniup wisel untuk separuh masa 12 saat lebih awal. Kemudian ada kekasaran pemain terakhir terhadap [Urby] Emanuelson yang telah diberikan menentangnya."
 
"Di situ mungkin ada penalti untuk Robinho, kad merah  Nagatomo memang ketara kerana dia tidak boleh berikan kad kuning lagi untuk itu."
 
"Ini bukan alasan dan mungkin hari ini pengadil tidak bernasib baik tapi insiden ini sangat jelas."

Buffon Kata De Rossi Tiada Kesan Kepada Skuad


Gianiluigi Buffon ada 122 cap untuk Itali


Gianluigi Buffon tidak percaya masalah Daniele De Rossi di Roma memberikan kesan kepada skuad Itali ketika mereka bersiap-sedia untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia yang seterusnya.
 
De Rossi, 29, digugurkan dari kesebelasan utama the Giallorossi semasa kemenangan 2-0 mereka ke atas Atalanta hari Ahad lepas oleh pengurus pasukan Zdenek Zeman.
 
Midfielder itu ketika ini sedang berlatih bersama skuad kebangsaannya untuk perlawanan menentang Armenia hari Jumaat dan Denmark hari Selasa nanti namun Buffon menegaskan situasi peribadi pemain itu tidak menjejaskan seluruh pasukan.
 
"Keadaannya adalah normal," ujar Buffon.
 
"Tiada yang rumit mengenainya – ia hanya mengenai pada Ahad lepas, jurulatih memutuskan untuk tidak menurunkan Daniele. Anda tidak tahu sebab sebenarnya. Walaupun begitu, nilai dan sumbangan dia untuk pasukan kami telah jauh mengatasi masalah yang dihadapinya."
 
"Kami memilikinya, kami semua rapat dan kami gembira dia ada dalam skuad kami. Pemain membawa masalah kelab mereka ke pasukan kebangsaan setiap masa – ia biasa. Tapi pasukan kebangsaan kebal dari unsur negatif ini."

Gladbach tolak jual bintang


Bintang Switzerland, Granit Xhaka dikaitkan dengan langkah keluar Gladbach.


Pengarah bola sepak Borussia Moenchengladbach, Max Eberl menolak spekulasi bahawa remaja,Patrick Herrmann dan Granit Xhaka bakal meninggalkan kelab.
 
Moenchengladbach, yang membuat kejutan dalam Bundesliga tahun lalu, tidak berniat menjual dua prospek mereka. Menurut Eberl, "Adakah ia bermula sekali lagi. Sudah tentu tak!" dan cuba menamatkan semua rundingan perpindahan mustahil bagi pengejaran duo itu.
 
Menurut laporan di England dan Itali, Inter Milan dan Tottenham bersedia merebut midfielder berusia 21 tahun, Herrmann, yang terikat di bawah kontrak sehingga 2014, dengan kedua-dua kelab sanggup membayar antara €7 juta dan €10 juta untuk khidmatnya.
 
Sementara itu, midfielder kontroversi Switzerland berusia 20 tahun, Xhaka sekali lagi telah disasarkan oleh Lazio, demikian menurut laporan akhbar Itali. Xhaka, yang merangsang berita selepas komen mengenai situasi di Gladbach hanya tiba dari FC Basel pada musim panas ini.
 
Jurulatih Gladbach, Lucien Favre berkata, "Sukar untuk membandingkan Basel dan Gladbach. Basel adalah Bayern FC Switzerland, kelab sentiasa mensasarkan memenangi gelaran tetapi Bundesliga adalah kelas yang berlainan. Dia harus fokus kepada prestasinya. Dan dia perlu menyesuaikan diri dengan kelajuan bola sepak Bundesliga."

Gotze:Bayern belum jauh daripada penglihatan Borussia Dortmund lagi


Pemain antarabangsa Jerman kekal positif kelabnya boleh kembali dalam perlumbaan gelaran.


Mario Gotze menjelaskan Borussia Dortmund masih belum menyerah kalah dalam pengejaran untuk gelaran Bundesliga, walaupun fakta mereka sudah ketinggalan di belakang pendahulu, Bayern Munich dengan sembilan mata selepas tujuh perlawanan.

Kelab juara bertahan itu bergelut mencari prestasi terbaik mereka dalam minggu pembukaan kempen 2012/13, namun Gotze kekal positif dan menggesa rakan sepasukan agar fokus kepada prestasi mereka sahaja, dan kemudian berharap Bayern tergelincir suatu ketika nanti.

"Bayern jelas mendahului, tapi kami masih boleh menyaingi mereka. Mereka masih boleh kami kejar," kata Gotze.

"Kami tak ada sebab untuk takut kepada mereka. Kami akan terus cuba memenangi perlawanan kami. Kami perlu tunggu dan lihat bagaimana segala-galanya berlaku."

Dortmund mengekori Bayern dengan lapan mata pada musim lepas sebelum akhirnya menewaskan mereka untuk gelaran, namun Gotze menegaskan tiada jaminan mereka akan mengulangi perkara yang sama."

"Setiap musim berbeza. Kami tak boleh hanya berkata, 'Baik, ini di mana kami mula satu siri kemenangan'."

"Kami hanya boleh menyalahkan diri sendiri untuk situasi ini. Kami telah membuat kesilapan. Walau bagaimanapun, kami berada di landasan yang betul."

Klopp:Perebutan kejuaraan masih menyala


Jurgen Klopp harap prestasi Borussia Dortmund akan meningkat.


Jurgen Klopp telah menyangkal jangkaan yang Borussia Dortmund akan kehilangan gelaran Bundesliga mereka pada seawal musim ini.
 
Dortmund telah mengenepikan Bayern Munich untuk menjulang gelaran liga buat dua musim terakhir di bawah kendalian Klopp, namun telah memulakan musim dengan buruk ketika pasukan kendalian Jupp Heynckes telahpun membina kelebihan sembilan mata.
 
"Saya tak kisah tentang kelebihan sembilan mata Bayern," kata Klopp. "Kami fokus kepada musim kami sendiri, seperti juga Bayern beri tumpuan kepada aksi mereka. Kita akan lihat di mana kedudukan kami di akhir musim nanti."
 
Kegagalan mereka mencatat kemenangan tunggal di tempat lawan dalam empat percubaan merupakan sebab utama pergelutan BVB. Mereka telah tewas hanya sekali, 3-2 di Hamburg, namun mereka telah seri tiga lagi aksi di tempat lawan.
 
"Ada banyak sebab," tambah Klopp. "Kami pasukan lebih baik di Hamburg namun ketumpulan penyudah gagalkan kami. Tapi itu tak risaukan saya.
Jika kami terus beraksi seperti kami lakukan di Hannover dan Hamburg, kami akan tak lama lagi catatkan kemenangan tempat lawan pertama kami."

Lahm:Bayern mahu mendahului Bundesliga sehingga akhir musim


Pemain antarabangsa Jerman menggesa rakan sepasukan untuk kekal fokus pada tugas di tangan mereka.


Philipp Lahm menekankan bahawa Bayern Munich telah belajar daripada kesilapan tahun lepas dan tidak berniat untuk melepaskan tempat teratas Bundesliga dalam baki musim ini.

The Bavarians menang lima perlawanan pembukaan mereka dan terus mendahului dengan tujuh mata ke atas penyandang gelaran, Borussia Dortmund, dan Lahm teruja untuk memastikan ia kekal begitu sehingga akhir kempen 2012-13.

"Kami tak memikirkan tentang apa-apa statistik atau tentang apa yang berlaku pada masa lalu. Kami sedang duduk di atas carta sekarang dan berhasrat untuk memastikan ia begitu sehingga akhir musim ini," kata Lahm.

"Pada tahap tertentu tahun lalu, kami pernah mendahului lapan mata ke atas Borussia Dortmund, namun masih tidak berjaya untuk terus kekal di atas."

"Kita tak boleh biarkan itu berlaku musim ini. Musim lalu adalah amaran untuk kami. Kami perlu fokus dalam setiap perlawanan."

"Kami boleh pecahkan rekod memenangi tujuh aksi pembukaan liga kami. Kami perlu pastikan kami kekal fokus."

Lewandowski Selesa Tunggu Kontrak Baru Borussia Dortmund


Walaupun menolak kontrak baru, ia tak jejaskan hasrat Lewandowski kekal dengan Dortmund.


Robert Lewandowski enggan menandatangani kontrak baru dengan pasukan kendalian Jurgen Klopp meskipun ada laporan mengaitkan beliau dengan beberapa kelab lain.

Pemain antarabangsa Poland itu terikat kontrak dengan juara Jerman tersebut sehingga 2014 namun tindakan menolak tawaran kontrak baru menimbulkan spekulasi bahawa beliau sebenarnya mahukan kontrak baru yang bernilai €5 juta (£4 juta).

Walaupun nampak seperti mahu meninggalkan Borrusia Dortmund, pemain berusia 24 tahun itu menjelaskan beliau masih mahu mencapai satu persetujuan di the Westfalenstadion.

"Saya hanya akan fokus dengan BVB. Kontrak saya ada dua tahun lagi," jelas beliau.

"Kita akan lihat apa berlaku selepas ini. Saya tak tergesa-gesa. Ejen saya dan saya akan berbincang dengan lebih lanjut bersama Borussia."

Penyerang yang menjaringkan gol kemenangan 1-0 Dortmund ke atas Ajax di Liga Juara-juara, dilihat mahukan kontrak yang meletakkannya setara dengan rakan sepasukan Marco Reus dan Mario Gotze, namun dilaporkan hanya ditawarkan kenaikan gaji €3.3 juta berbanding gajinya ketika ini, €1.5 juta.

Perbincangan kontrak Huntelaar masih tergendala


Huntelaar boleh buat keputusannya selewat sehingga rehat musim sejuk


Perbincangan kontrak di antara Schalke dan penjaring terbanyak Bundesliga musim lalu, Klaas-Jan Huntelaar telah hampir tergendala, menurut kata pengarah bola sepak Schalke, Horst Heldt.

Huntelaar, 29, berada dalam tahun terakhir kontraknya dengan Schalke dan dilaporkan mahu mengambil masa menentukan di mana dia mahu pergi untuk apa yang hampir pasti kontrak besar terakhir buatnya.

Awal minggu ini, striker kebangsaan Belanda itu telah memberitahu dia boleh membuat keputusannya selewat sehingga rehat musim sejuk.

Heldt juga berkata kelab dan pemain selesa dengan keadaan itu, dan menambah: "Kami telah setuju tentang hal ini. Saya rasa ia baik dan boleh difahami – Klaas mahu ambil masanya.

"Kami akan terus usaha untuk lanjutkan kontraknya, namun kami juga ada tanggungjawab untuk sedia terhadap apa jua kemungkinan. Masa takkan terbuang. Seperti yang saya kata, kami akan bersedia, dan secara teori kami ada masa sehingga musim panas depan."

Selasa, 4 September 2012

Wenger gembira lihat Cazorla&Podolski jaringkan gol


Wenger puji sumbangan Cazorla dan Podolski.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger gembira pemain baru, Santi Cazorla dan Lukas Podolski menjaringkan gol ketika skuadnya menewaskan Liverpool 2-0 di Anfield.
 
Playmaker Sepanyol dan striker Jerman itu menjaringkan gol pertama mereka buat The Gunners bagi membantu memberi tiga mata yang mengagumkan terhadap pasukan pelawat, yang merangsang permulaan kelab dalam kempen baru Liga Perdana.
 
Wenger gembira rekrut barunya membuat tanda awal mereka dan berkata dia yakin semua pembelian musim panas akan membuktikan kepada penyokong, mereka boleh menggantikan bintang hebat yang telah tinggalkan Stadium Emirates pada tahun-tahun kebelakangan ini.
 
"Sudah tentu ia bagus apabila pemain baru bermula dengan baik dan menjaringkan gol," katanya. "Arsenal kelab yang mempunyai banyak pemain hebat, jadi pemain baru perlu untuk meyakinkan penyokong bahawa mereka boleh ikut dan jadi sama."
 
"Saya yakin dalam masa, pemain baru yang kami bawa masuk akan membuktikan pada peminat bahawa mereka ada keupayaan untuk bermain bersama kami."
 
"Semua orang faham Cazorla tak akan memerlukan enam bulan untuk membiasakan diri, saya gembira untuknya. Bagi gol pertama, ia bagus untuk mendapatkannya buat Podolski dengan peluang pada kaki kirinya yang kuat."
 
"Ia permulaan yang amat menggalakkan, kami telah bermain dua permainan tempat lawan, kini di tempat yang sukar - Stoke dan Liverpool - jadi keseluruhan saya perlu berasa gembira."
 
"Kami berikan prestasi hebat. Pada permulaan musim ini kita tiada persefahaman yang sangat baik dan kami tak ada sedikit ketajaman. Itu jadi lebih baik dari setiap permainan kemudiannya dan ia lebih baik sekali lagi di sini."

Wenger;Wilshere ada sebulan lagi untuk kembali bersama Arsenal


Jack Wilshere masih menjalani rawatan.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata Jack Wilshere hanya berbaki sebulan untuk kembali, menunjukkan ia kelihatan "sangat baik" bagi pemain antarabangsa England itu.
 
Midfielder The Gunners itu berehat lebih setahun selepas alami kecederaan buku lali yang serius, ketika pelbagai halangan terhadap pemulihannya yang bermakna dia terlepas keseluruhan musim Liga Perdana 2011/12 dan Euro 2012.
 
Malah, Wenger sebelum ini berkata bahawa dia akan mengambil pendekatan yang sangat berhati-hati dengan pemain berusia 20 tahun itu, namun dilihat optimis tentang kepulangannya.
 
"Ia kelihatan sangat baik untuk Wilshere," kata Wenger. "Saya akan katakan dia ada sebulan lagi."

Rodgers yakin Liverpool akan lebih baik


Brendan Rodgers tenang dan yakin.

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers berkata dia kekal tenang dan keputusan akan lebih baik, walaupun permulaan buruk pasukannya dalam musim baru Liga Perdana.
 
Walaupun paparan buruk mereka dengan kekalahan di West Brom dan tewas kepada Arsenal Ahad lalu, terdapat tanda-tanda pemulihan dalam seri 2-2 menentang Manchester City minggu lalu.
 
Dan Rodgers tenang dan yakin bahawa pasukan barunya akan memperbaiki sepanjang musim ini.
 
Dia menambah, "Kami akan lebih baik ketika musim kami berlangsung. Ia sentiasa akan menjadi satu permulaan yang sukar."
 
"Saya ada keyakinan yang wujud dalam cara bekerja seperti ini, dan saya telah mempunyai kejayaan dengannya."
 
"Lebih masa di sini, ia akan menjadi sama. Ini adalah jarak sukar yang anda ada untuk dimasukkan ke dalam permainan, tapi kami tewas dan terpaksa terima." 
 
"Dan kami cipta peluang yang cukup, tapi tak cukup klinikal. Terdapat banyak perkara yang baik hadir dari permainan, tapi kami kalah dan kami perlu baiki." 

Adkins kesal defensif teruk


Nigel Adkins kecewa dengan prestasi buruk pertahanannya.

Pengurus Southampton, Nigel Adkins kecewa dengan prestasi buruk pertahanannya yang mensia-siakan tempoh mereka mendahului Manchester United, ketika hatrik Robin Van Persie membenam The Saints ke kekalahan ketiga berturut-turut dalam Liga Perdana.
 
Dan, walaupun Adkins bangga dengan cara pasukannya beraksi menentang juara 20 kali Inggeris itu, dia tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya menyaksikan pasukannya melepaskan kemenangan pertama kempen.
 
"Saya baru saja lihat dua gol dan pada akhirnya dua tandukan bebas mereka, anda boleh bercakap tentang bola sepak sepanjang hari, tapi anda perlu bertahan dengan lebih baik daripada itu," kata bos Saints.
 
"Manchester United sentiasa selesai dengan kuat. Selama bertahun-tahun Sir Alex lakukan pekerjaan yang baik bagi berbuat demikian dengan pasukan. Kami hanya tak cukup dengan beberapa gol yang kami bolos pada akhir permainan."
 
"Tak mengapa bercakap mengenainya, tapi ia kemudian biasa," katanya.
 
"Kami telah ubah tiga di hadapan untuk cuba memberi kami lebih tenaga, pemain letakkan satu anjakan besar hari ini dan kami sedang mencari impak keluar dari bangku simpanan untuk beri kami kehebatan fizikal yang diperlukan, tapi kami sedang beraksi menentang pemain yang berkualiti tinggi dan, jika anda tak beri tekanan yang cukup pada bola dan tutup secukupnya, mereka akan dapat membuat hantaran dan mara."

Villa-Boas;Dawson akan jadi bagus di Tottenham


Andre Villas-Boas berikan sokongan kepada Michael Dawson

Pengurus Tottenham, Andre Villas-Boas menyokong Michael Dawson untuk memberikan yang terbaik selepas disenaraikan dalam pasukan utama Spurs.
 
Bekas pemain pertahanan Nottingham Forest itu telah diberikan jawatan kapten pasukan pada musim panas ini berikutan persaraan Ledley King namun menjadi pemain yang paling diinginkan oleh QPR sehingga penutup jendela perpindahan lepas.
 
Bagaimanapun ia gagal dilaksanakan dan Villas-Boas kini menyatakan keyakinannya bahawa pemain berusia 28 tahun itu masih boleh berjuang untuk tempat dalam kesebelasan utama apatah lagi dengan Younes Kaboul yang mengalami kecederaan jangka masa panjang.
 
"Kami telah berbual. Ada persaingan amat sengit untuk posisi pertahanan tengah," kata pengurus muda Portugal ini.
 
"Pembedahan Younes akan mengenepikannya untuk tiga hingga empat bulan dan ia terpulang kepada Michael untuk bersaing."
 
"Saya pasti dia akan jadi bagus. Dia pemain yang sangat profesional dan kapten kelab. Dia kini tidak sabar untuk kembali ke dalam pasukan."
 
Dawson menyertai kelab utara London ini dari Forest pada tahun 2005 dan telah membuat 242 penampilan untuk pasukan dalam semua kejohanan.

Stramaccioni tak gembira kalah di Roma


Stramaccioni tak gembira dengan prestasi Inter

Andrea Stramaccioni percaya kekalahan 3-1 Inter kepada Roma adalah disebabkan 'masalah psikologi.'
 
Gol dari Alessandro Florenzo, Pablo Osvaldo dan Marquinhos menewaskan the Nerazzurri, dengan pasukan kendalian Zdenek Zeman meninggalkan Milan bersama tiga mata penuh.
 
"Saya tak suka separuh masa kedua, kami ada separuh masa pertama yang bagus dan kemudian gol dari Osvaldo, hantaran jauh dari Totti, membuatkan [kami] kurang bersedia - [Ia merupakan] sepak mula kembali yang pantas," kata pengurus ini kepada wartawan selepas perlawanan."
 
"Tentang gol kedua, [kami memang] tidak bagus. Ia seharus membuatkan kami berfikir. Ada sesuatu yang tidak betul tentang tahap psikologi malam ini."

'Masalah kami belum selesai'


Ancelotti puji pasukan selepas tewaskan Lille 2-1.

Pengurus Paris Saint-Germain, Carlo Ancelotti memuji pasukannya selepas kelab mengutip kemenangan pertama mereka musim ini dengan menewaskan Lille 2-1.
 
Bekas pengurus Chelsea dan AC Milan itu mendedahkan bahawa ketika beliau yakin tidak semua masalah pasukan telah diselesaikan, mereka telah mengambil jalan yang betul dengan menewaskan pesaing liga mereka.
 
"Bahagian pertahanan tersusun baik, sikap yang bagus, serangan yang menarik dan bakat fantastik Ibrahimovic," ujar pengurus dari Itali itu.
 
"Ia kemenangan penting, kami menang ke atas pasukan kuat. Kami bermain dengan laju dengan permulaan perlawanan yang sangat bagus.
 
Selepas menjaringkan gol, ia lebih mudah untuk mengawal. Kami berkerja-keras di bahagian pertahanan, kami banyak menggunakan tenaga dan separuh masa kedua tempoh yang lebih sukar.
 
"Untuk membina sebuah pasukan yang kami inginkan bukannya mudah. Kini saya tak fikir semua masalah telah diselesaikan.  Sudah tentu kemenangan ini akan berikan kami lebih keyakinan."
 
"Kami boleh menggunakan pasukan ini dan kemenangan ini untuk membina sebuah pasukan yang lebih baik. Ibrahimovic ada perlawanan yang bagus, bukan hanya beliau menjaringkan gol. Marco [Verratti] masih muda. Saya menggantikannya kerana dia mendapat kad kuning. Dia bermain sangat baik, begitu yakin – ada masanya terlebih yakin."

Schneiderlin 'kecewa ' kekalahan minit akhir kepada Manchester United


Schneiderlin kecewa selepas kekalahan kepada Manchester United

Midfielder Southampton, Morgan Schneiderlin berasa hampa berikutan kekalahan minit akhir 3-2 kepada Manchester United pada Ahad lalu.
 
Dan pemain berusia 22 tahun itu menyatakan selain dari kecewa, gol jaringannya telah menjadi momen yang pahit-manis.   
 
"Ia gol sulung saya di Liga Perdana Inggeris dan juga yang pertama di St Mary's jadi ia bagus tapi saya rasa kecewa kerana kami kalah dan hanya itu yang saya fikirkan sekarang,"  katanya di laman rasmi sesawang kelab."
 
"Kami telah berikan segala-galanya untuk selama 87 minit dan dalam masa lima minit kami kalah. Itulah yang perlu kami pelajari untuk menang perkawanan kerana ia kali kedua kami mendahului 2-1 dan menamatkan perlawanan dengan keputusan 3-2, jadi segala usaha kami telah menjadi sia-sia."
 
"Tapi telah banyak yang kami pelajari dari perlawanan ini dan kami akan cuba berusaha keras di gelanggang latihan tentang perkara buruk yang telah berlaku kerana ia sangat penting."

Lambert tepat untuk ketepikan Shay


Brad Guzan ada perlawanan yang bagus

Paul Lambert menyifatkan ia adalah tindakan yang tepat mengenepikan Shay Given apabila Aston Villa memperolehi mata pertama mereka musim ini.
 
Pengurus Villa itu mengenepikan Given, 36, selepas kecuaiannya ketika bertemu Everton tapi penggantinya dari Amerika, Brad Guzan telah dua kali bertindak cemerlang menyelamatkan gawang.
 
Ia memerlukan jaringan cantik dari Hatem Ben Arfa untuk membolehkan Toon berkongsi mata selepas Ciaran Clark membawa Villa mendahului perlawanan.
 
Lambert berkata: “Sebarang keputusan untuk mengenepikan mana-mana pemain hari ini memang sukar. Shay penjaga gol berkelas dunia dan sejak 15 tahun yang lalu.
 
"Tapi saya telah membuat keputusan dan dua aksi menyelamat yang dilakukan oleh Brade, satu di separuh masa pertama dan sepakan percuma di penghujung perlawanan memang berkelas dunia."
 
"Ia memerlukan gol yang cantik untuk mengecewakan kami. Tapi cara Brad bermain, ia akan memerlukan gol seperti itu untuk menewaskannya."

Ronaldo 'Tak gembira ' bersama Madrid


Ronaldo menjadi penjaring kesembilan tertinggi dalam sejarah Real Madrid

Cristiano Ronaldo enggan menyambut golnya yang ke 150 untuk Real Madrid malam Ahad lalu, memberikan alasan  "isu profesional" sebagai sebab beliau tidak gembira bersama kelab.
 
Ronaldo menjaringkan dua gol semasa menewaskan Granada 3-0 di Santiago Bernabeu namun nampak kecewa apabila digantikan dengan Gonzalo Higuain di minit ke 63. Meskipun menjaringkan gol ke 150 dari 149 penampilan untuk Los Merengues, Ronaldo kemudian mendedahkan isu di antara beliau dan kelab.
 
"Saya kecewa kerana isu profesional dan kelab tahu kenapa. Itu sebabnya saya tak meraikan gol saya kerana saya tak gembira. Mereka [di kelab] tahu kenapa."
 
"Ia tiada kena mengena dengan Andres Iniesta [memenangi anugerah UEFA Pemain Terbaik Eropah]. Saya tak mahu bercakap mengenai perkara
ini lagi dan saya akan berikan tumpuan kepada Portugal sekarang. Ada perkara lain yang lebih penting [dari perkara ini]."
 
"Mereka di kelab tahu mengenainya. Saya tak boleh kata apa-apa lagi."

Rodgers kesal dengan langkah Caroll,pertimbaamg Owen


Andy Carroll kini bersama West Ham.

Brendan Rodgers berkata dia tidak akan memberi kebenaran kepada Andy Carroll meninggalkan Liverpool jika dia tahu mereka tidak akan menandatangani pemain gantian.
 
Dan dia juga sanggup mempertimbangkan semua pilihan striker di luar kontrak, termasuk Michael Owen, ketika dia cuba mengukuhkan barisan hadapan Liverpool sebelum jendela perpindahan dibuka semula pada Januari.
 
Namun bos warga Ireland Utara itu menafikan dia telah diperdaya oleh pemilik, Fenway Sports Group.
 
Ketika ditanya jika dia akan membenarkan Carroll pergi secara pinjaman ke West Ham tanpa seorang lagi striker datang, dia menjawab, "Tidak."
 
Dan ketika ditanya bagaimana yakinnya dia bahawa Liverpool akan membawa masuk striker lain pada hari Jumaat, dia hanya berkata, "Sangat."
 
Rodgers menambah, "Andy sudah tiada. Itu realiti. Kami semua tahu bahawa kami perlu perubahan, tapi jendela sudah ditutup. Jadi kami tak boleh buat apa-apa tentang hal itu. Kami sudah dapat apa yang kami perlu dapat."

Selasa, 28 Ogos 2012

Owen:Saya hanya perlu pilih yang tepat


Owen ada tawaran untuk dipilih

Bekas penyerang Manchester United, Michael Owen menegaskan beliau semakin hampir menyertai kelab baru dan hanya perlu memutuskan di antara banyak tawaran yang diterima.
 
Pernah dilihat sebagai masa depan bola sepak Inggeris,  Owen dilepaskan oleh United akhir musim lepas selepas tiga tahun di Old Trafford yang lebih kerap dibadai kecederaan selain pernah mewakili Real Madrid dan Newcastle selepas meninggalkan kelab kelahirannya, Liverpool.
 
Kini pemain berusia 32 tahun itu telah dikaitkan dengan Stoke, Fulham dan Everton dan mensasarkan kepulangan ke Liga Perdana Inggeris sejurus membuat keputusan mengenai masa depannya.
 
"Seperti yang banyak berlaku dalam situasi sebegini, jendela perpindahan dan perkara yang serupa dengannya, banyak yang berlaku di penghujung jendela perpindahan apabila pengurus memperbaharui skuad mereka," ujar Owen.
 
"Jadi, ya, saya telah berhubung dengan beberapa pasukan dan sudah tentu saya menjangkakan akan memakai jersi baru tidak lama lagi.''
 
Beliau menambah: "Saya bercakap dengan beberapa pasukan dan ia kes mengenai pasukan terbaik yang akan sesuai dengan saya dan keluarga saya. Saya berkata sebelum ini yang saya mahu berada di Liga Perdana Inggeris dan ia tidak pernah berubah."
 
"Perkara lain dalam membuat keputusan yang tepat: lokasi – ia akan cukup bagus jika saya dapat terus menetap di rumah sendiri, jika tak dapat tak mengapa. Kualiti pasukan, pengurus – semuanya perlu diambilkira sekiranya saya mahu membuat keputusan yang tepat.''

Juventus namakan penyerang sasaran


Fernando Llorente mencari jalan tinggalkan Bilbao

Juventus masih lagi mencari seorang penyerang sebelum berakhirnya jendela perpindahan dan mengesahkan sedang memantau Edinson Cavani, Fernando Llorente dan Edin Dzeko.
 
Juara bertahan Serie A itu dilaporkan turut berunding dengan Barcelona dan David Villa menurut akhbar Sepanyol yang mendakwa the Bianconeri telah menawarkannya kontrak empat tahun bernilai  €8 juta setiap musim.
 
Bagaimanapun, pengarah urusan kelab Beppe Marotta memberitahu Mundo Deportivo ia tidak benar sama sekali dan seterusnya memberitahu jenis pemain yang sedang beliau cari.
 
"Saya boleh nafikan sebarang minat atau rundingan untuk David Villa," katanya. "Dia pemain hebat tapi bukan jenis yang kami cari dan tiada siapa yang telah berbincang tanpa izin kami dengan ejennya atau Barcelona."
 
"Kami mahu penyerang dengan gaya seperti Edinson Cavani atau Llorente, yang merupakan sasaran utama kami bersama dengan Edin Dzeko."

Arteta kecewa peluang yang dipersia


Arteta... Kecewa

Midfielder Arsenal, Mikel Arteta kecewa dengan kegagalan pasukannya menyempurnakan peluang selepas seri tanpa jaringan menentang Stoke – keputusan seri kali kedua berturut-turut di Liga Perdana Inggeris.
 
The Gunners mendominasi permainan tapi sama seperti pertemuan dengan Sunderland, gagal memanfaatkannya.
 
"Ia (dua mata dari dua perlawanan pertama) tak cukup bagus. Kami mahu tiga mata, tapi sukar untuk datang ke sini dan mendapatkan mata,'' ujar Arteta. "Kami ada beberapa peluang yang sangat bagus tapi ketika ini kami tidak memanfaatkannya, perkara sama berlaku minggu lepas."
 
"Kami mencipta dan melepaskan beberapa peluang kepada lawan tapi kami rugi dua mata hari ini.''
 
Bagaimanapun di bahagian pertahanan Arsenal nampak mantap dan tenang menghadapi asakan fizikal dari pasukan tuan rumah. Arteta memujinya dan turut bercakap mengenai kemampuan pemain baru pasukan, Olivier Giroud dan Lukas Podolski.
 
"Anda tahu jika anda melakukan kekasaran dan hantaran ke dalam, mereka boleh mencetuskan masalah kerana mereka dapat menghantar bola ke
kotak penalti dan sangat tersusun dengan gerakan set pieces,'' ujarnya.
 
"Kami tak melepaskan banyak peluang itu dan kami cukup tersusun. Kami perlukan tiga, empat, lima perlawanan bermain bersama-sama dan kemudian kami akan lihat (bagusnya mereka). Mereka ada kualiti.''

Allen:Seri yang manis kelat


Allen... Cipta debut di Anfield

Joe Allen mengulas mengenai permainan "hebat" selepas pasukannya Liverpool seri 2-2 dengan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.
 
Midfilder Wales tersebut melakukan debut Anfieldnya dan cemerlang apabila pasukan bimbingan Brendan Rodgers dua kali mendahului City.
 
Malangnya mereka dua kali mempersia-siakan kelebihan itu dengan Yaya Toure dan Carlos Tevez membalas gol dari Martin Skrtel dan Luis Suarez.
 
"Ia cukup mengujakan. Permainan yang hebat untuk peminat berkecuali dan bagus rasanya untuk dua kali mendahului jadi kami kecewa untuk tidak memenangi perlawanan," katanya. "Manis-manis kelat mungkin gambaran perasaan yang cukup tepat."
 
Keputusan seri ini muncul lapan hari selepas kekalahan perlawanan pembukaan the Reds di West Brom. Jangkaan memag cukup tinggi ketika itu dengan Rodgers berada di kawasan teknikal pasukan buat kali pertama namun Liverpool ditewaskan 3-0.
 
"Kami tahu kami akan bangkit kembali," tambah Allen. "Kami melupakannya dan kami akan cuba bermula dari sini."
 
Wujud pertembungan dari segi stail permainan yang ditunjukkan apabila City yang bermain dengan tiga pemain pertahanan berdepan kesukaran menentang Liverpool berwajah baru yang cukup licik.
 
"Bermain dengan tiga pemain pertahanan bukan sesuatu yang banyak dilakukan oleh pasukan," ujar Allen. "Kami perlu berubah untuk menanganinya dan untuk 15 minit pertama kami bergelut untuk menguasai mereka."
 
"Kami bermain tiga pemain di bahagian tengah dan kami tidak mencipta banyak peluang. Secara peribadi saya rasa hebat untuk membuat debut saya dan ia juga perlawanan dan suasana yang hebat."