Christian Benteke melihat dirinya menjadi tumpuan di Aston
Villa dengan laporan perselisihan di antara pengurus Paul Lambert dan
penyerang pasukan Darren Bent.
Benteke, yang tiba dari Genk dengan harga £8 juta pada musim panas
ini, telah dipilih sebagai penyerang kesebelasan utama dan mengenepikan
Darren Bent, pemain antarabangsa England berharga £24 juta, lalu
mencetuskan persoalan di kalangan penyokong.
Beliau masih bergelut untuk menjaringkan gol bagi menjustifikasikan
pengenepian Bent dari pasukan, hanya menjaringkan satu gol namun
berikrar untuk memperbaiki statistik tersebut.
"Secara peribadi, Paul Lambert pengurus yang sempurna untuk saya.
Beliau telah membawa saya dari Genk dan memberikan kepercayaan tinggi
kepada saya, jadi saya gembira bermain untuk beliau," ujarnya.
"Saya mahu pulangkan kepercayaan itu di atas padang. Pengurus telah
memberitahu saya yang beliau fikir saya boleh buat peningkatan sebagai
seorang pemain dan saya mahu buktikannya kepadanya."
"Apabila anda seorang penyerang muda dan anda tahu pengurus mahukan
anda, untuk kelab anda untuk pasukan kebangsaan anda, maka ia lebih
mudah untuk bermain dan menikmati permainan anda."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan