Rabu, 24 Oktober 2012

Smalling dan Jones hampir kembali


Pemain berbakat, Phil Jones tawarkan Man United kualiti dan versatiliti.


Pemain Manchester United, Chris Smalling dan Phil Jones ada dua atau tiga minggu lagi sebelum kembali bersama skuad utama, demikian menurut Sir Alex Ferguson.
 
Dua pemain bek antarabangsa England itu masih belum bermain musim ini ketika krisis kecederaan pertahanan Manchester United berterusan, yang turut menyaksikan ketiadaan Nemanja Vidic.
 
Smalling mengalami patah metatarsal manakala Jones menjalani pembedahan pada lututnya tetapi Ferguson menyatakan bekas pemain Fulham itu akan kembali dalam latihan dan pembelian £16 juta dari Blackburn tersebut akan menyertainya.
 
"Chris berlatih (Isnin) pagi dengan (skuad simpanan jurulatih) Warren Joyce," kata Ferguson. "Dia telah berlatih di sana beberapa hari tetapi ia latihan tanpa sentuhan. Apa yang positif adalah dia pasti dalam laluan kembali. Saya jangka Phil Jones bermula Isnin depan dan kedua-dua mereka ada dua atau tiga minggu lagi."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan