Agen Michael Bradley telah menghargai minat Valencia terhadap
midfielder Roma itu namun menegaskan kliennya hanya fokus untuk menjadi
'salah seorang tunjang utama' barisan Serie A tersebut.
Bradley, 25, menjaringkan gol pertamanya buat Roma sewaktu menang
2-0 ke atas Atalanta, menjurus kepada spekulasi di media Sepanyol yang
prestasi hebatnya itu telah menarik perhatian Los Che.
Namun Paolo Alberto Faccini berkata ini bukan tumpuan pemain itu
buat masa ini, dan berkata: "Apabila ada minat terhadap seorang klien ia
sentiasa bagus, namun buat masa ini tak sesuai untuk cakap tentang
kelab lain."
"Bradley, saya harap, sedang hampir jadi salah seorang tunjang
utama pasukan Roma ini. Saya rasa ia salah satu persembahan terbaik
Michael jika kita lihat dari satu konteks. Dia kembali dari kecederaan
panjang pada saat sukar buat pasukan, dan dia jaringkan gol pertamanya
buat kelab."
Laporan juga memberi bayangan tentang masalah di kem Roma
disebabkan taktik Zdenek Zeman namun Faccini meredakan tentang khabar
tersebut, dan mendakwa pemain kebangsaan AS tersebut mempunyai
kepercayaan terhadap kaedah pengurusnya itu.
"Saya di rumah dengannya selepas perlawanan dan dia sangat
gembira," tambah Faccini. "Tapi dia mampu beri lebih lagi, dan saya
yakin dia akan jadi pemain utama pasukan."
"Semalam saya dengar Zeman gembira dengan komitmen dan kegigihan
cara Bradley berlatih. Dia ada hubungan sangat baik dengan bos itu dan
percaya dengan cara pengurusannya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan