Penjaga gol Sunderland, Simon Mignolet percaya pasukannya
perlu memanfaatkan penyokong mereka sebagai kelebihan dalam perlawanan
Wear-Tyne nanti.
Mignolet, 24, mahu merasai perbezaan dalam atmosfera di Stadium of
Light musim ini, pujian yang beliau berikan kepada penyokong kelab
kerana menyediakannya.
Dan pemain antarabangsa Belgium itu merasakan pasukannya perlu
menggunakan atsmofera ini sebagai kelebihan jika mahukan keputusan.
"Bunyi bingit di dalam stadium semasa sepak mula memang luar biasa.
Saya masih ingat lagi perlawanan setempat yang saya main, saya bercakap
dengan pemain pertahanan di depan saya tapi mereka tak dapat
mendengarnya, ia begitu bingit," ujarnya.
"Ia akan jadi sengit dan penyokong akan berada di belakang kami jadi harapnya kami sekali lagi dapat keputusan yang bagus."
"Dalam perlawanan tempat sendiri kami merasai perbezaanya
berbanding musim lepas. Kini penyokong di tempat sendiri memberikan
sokongan kepada kami dan ia memang hanya akan dapat membantu kami
mengutip lebih mata di tempat sendiri."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan