Rabu, 17 Oktober 2012

Perbincangan kontrak Huntelaar masih tergendala


Huntelaar boleh buat keputusannya selewat sehingga rehat musim sejuk


Perbincangan kontrak di antara Schalke dan penjaring terbanyak Bundesliga musim lalu, Klaas-Jan Huntelaar telah hampir tergendala, menurut kata pengarah bola sepak Schalke, Horst Heldt.

Huntelaar, 29, berada dalam tahun terakhir kontraknya dengan Schalke dan dilaporkan mahu mengambil masa menentukan di mana dia mahu pergi untuk apa yang hampir pasti kontrak besar terakhir buatnya.

Awal minggu ini, striker kebangsaan Belanda itu telah memberitahu dia boleh membuat keputusannya selewat sehingga rehat musim sejuk.

Heldt juga berkata kelab dan pemain selesa dengan keadaan itu, dan menambah: "Kami telah setuju tentang hal ini. Saya rasa ia baik dan boleh difahami – Klaas mahu ambil masanya.

"Kami akan terus usaha untuk lanjutkan kontraknya, namun kami juga ada tanggungjawab untuk sedia terhadap apa jua kemungkinan. Masa takkan terbuang. Seperti yang saya kata, kami akan bersedia, dan secara teori kami ada masa sehingga musim panas depan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan