Pemain pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny mengecam penyerang Liverpool, Luis Suarez, menuduhnya sebagai "penipu".
Suarez, 25, jadi tumpuan lewat ini selepas dikritik oleh pengurus
Stoke, Tony Pulis dan naib presiden FIFA, Jim Boyce kerana mudah
menjatuhkan badannya ketika debat mengenai simulasi permainan
berterusan.
Kini Koscielny, 27, menyertai mereka yang mengkritik, menamakan
pemain antarabangsa Uruguay itu sebagai pemain yang tidak digemarinya
kerana sikap tersebut.
"Siapa penyerang yang saya benci untuk berjumpa? Suarez," Koscielny
memberitahu. "Dia meletihkan untuk dihadap. Dia menipu. Dia menarik
baju anda, memperbesar-besarkan keadaan. Anda sentiasa mahu menendangnya
tapi anda kena berhati-hati untuk dikenakan kad merah."
"Sebagai contoh 2 September lepas menentang Liverpool, ia adalah kes dengan Luis Suarez."
"Dia pemain yang gemar untuk sengaja jatuh sebaik ada sentuhan. Semasa mencabar, kami berlaga dan dia terjatuh."
"Dia mula bercakap dengan saya dalam bahasa Inggeris, untuk mengatakan ia adalah penalti."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan