Pemain perancang Arsenal, Santi Cazorla mendedahkan beliau
membentuk permainannya berdasarkan gaya rakan sepasukan Sepanyolnya,
Andres Iniesta, menggelar midfielder Barcelona itu sebagai 'pemain bola
sepak total'.
Cazorla, 27, menyerlah di kelab barunya dengan dua gol dan dua
hantaran gol dari tujuh perlawanan liga setakat ini selepas menyertai
kelab dari Malaga musim panas lepas. Namun midfielder itu sedar beliau
masih ada perjalanan yang panjang sebelum sampai ke tahap seperti
idolanya.
"Iniesta adalah standard di mana saya mengukur diri saya sendiri,"
ujar Cazorla. "Bermain di sebelahnya adalah satu perkara yang berbeza.
Dia pemain bola sepak total dari segenap sudut."
"Saya cuba meniru perkara yang dia lakukan tapi ia sangat sukar.
Masalahnya ialah apabila dia yang melakukannya, dia menjadikan ia nampak
mudah tapi kemudian anda mencubanya dan anda temui kesukaran. Andres
adalah model contoh dalam dan luar padang."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan