Rabu, 17 Oktober 2012

Gotze:Bayern belum jauh daripada penglihatan Borussia Dortmund lagi


Pemain antarabangsa Jerman kekal positif kelabnya boleh kembali dalam perlumbaan gelaran.


Mario Gotze menjelaskan Borussia Dortmund masih belum menyerah kalah dalam pengejaran untuk gelaran Bundesliga, walaupun fakta mereka sudah ketinggalan di belakang pendahulu, Bayern Munich dengan sembilan mata selepas tujuh perlawanan.

Kelab juara bertahan itu bergelut mencari prestasi terbaik mereka dalam minggu pembukaan kempen 2012/13, namun Gotze kekal positif dan menggesa rakan sepasukan agar fokus kepada prestasi mereka sahaja, dan kemudian berharap Bayern tergelincir suatu ketika nanti.

"Bayern jelas mendahului, tapi kami masih boleh menyaingi mereka. Mereka masih boleh kami kejar," kata Gotze.

"Kami tak ada sebab untuk takut kepada mereka. Kami akan terus cuba memenangi perlawanan kami. Kami perlu tunggu dan lihat bagaimana segala-galanya berlaku."

Dortmund mengekori Bayern dengan lapan mata pada musim lepas sebelum akhirnya menewaskan mereka untuk gelaran, namun Gotze menegaskan tiada jaminan mereka akan mengulangi perkara yang sama."

"Setiap musim berbeza. Kami tak boleh hanya berkata, 'Baik, ini di mana kami mula satu siri kemenangan'."

"Kami hanya boleh menyalahkan diri sendiri untuk situasi ini. Kami telah membuat kesilapan. Walau bagaimanapun, kami berada di landasan yang betul."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan