Rabu, 24 Oktober 2012

Saya boleh bermain di bek kiri


Remaja Sepanyol ini yakin dengan kebolehannya.


Bek Real Madrid, Nacho berkata dia bersedia untuk melangkah ke skuad utama bagi pertembungan Sabtu ini menentang Celta Vigo.

Kelab gergasi Sepanyol itu telah kehilangan beberapa pemain akibat kecederaan yang meningkat semasa rehat antarabangsa, termasuk Marcelo, Fabio Coentrao dan Alvaro Arbeloa.

Jurulatih, Jose Mourinho mempunyai beberapa pilihan apabila pasukannya menjadi tuan rumah kepada OS Celestes hujung minggu ini dan dia mungkin terpaksa beralih kepada Nacho, 22.

Pemain Castilla tersebut secara rasminya menjadi sebahagian daripada skuad utama musim ini tetapi masih belum bermain di La Liga tahun ini. Walau bagaimanapun, dengan pilihan skuad utama tiada, remaja berkeyakinan tinggi ini percaya ini adalah peluang untuk membuktikan dirinya.

"Saya berlatih sepanjang tahun bersama skuad utama, jurulatih kenal saya dan saya bekerja keras, jadi apabila saya dapat peluang untuk buktikan diri, saya akan lakukannya. Saya dah habiskan banyak masa dengan skuad utama dan saya ada motivasi yang betul," demikian kenyataannya yang dipetik oleh Marca.

Kebiasaannya beraksi di bek tengah, Nacho yang berkaki kanan tidak ragu-ragu bermain di bek kiri, kedudukan di mana dia sebenarnya membuat debut untuk Real pada musim pertama Mourinho di kelab.

"Saya bermain di tengah, tapi saya juga banyak kali bermain di belakang. saya tak mempunyai masalah bermain di mana-mana yang jurulatih mahu saya. Saya tangan kanan, bagaimanapun, saya masih boleh bermain di sisi kiri," katanya membuat kesimpulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan