Atletico Madrid mengharapkan penyerang Manchester United,
Javier Hernandez dapat mengisi tempat Radamel Falcao sekiranya beliau
pergi seperti yang dijangkakan pada Januari nanti.
Falcao, 26, menjadi penyerang paling diburu di Eropah dan Chelsea,
Paris Saint-Germain dan Manchester City sedang bersaing untuk memenuhi
klausa penjualannya sebanyak £46 juta di jendela perpindahan seterusnya.
Pemain Colombia itu telah pun menyatakan keinginan untuk
meninggalkan kelab ibu negara Sepanyol tersebut dan Atletico berharap
dapat membawa Hernandez sebagai penggantinya.
Pemain Mexico berusia 24 tahun itu tiba di England dengan harga
sekitar £7 juta pada tahun 2010 dan walaupun membuat impak segera di
kelab, beliau ketinggalan di belakang Wayne Rooney, Danny Welbeck dan
ketibaan musim panas, Robin van Persie dalam pemilihan pemain di Old
Trafford musim ini.
Hernandez – yang menjaringkan 20 gol dalam kempen debutnya di
United serta memulakan final Liga Juara-juara – hanya memulakan satu
perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini serta menjaringkan satu gol
dari tujuh penampilannya.
Fiorentina juga berminat membuat pembelian Januari untuk pemain
dengan nama gelaran 'Chicarito' ini namun hanya mampu membayar £8 juta
dan pasti diketepikan sekiranya Atletico memiliki wang hasil penjualan
Falcao.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan