Penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel merupakan sasaran mengejut untuk gergasi Sepanyol, Real Madrid.
Anak Peter, legenda Manchester United itu dikenal pasti sebagai
pengganti jangka panjang untuk penjaga gol pilihan utama semasa Real,
Iker Casillas.
Ini berikutan arahan bos Real, Jose Mourinho kepada jurulatih
penjaga gol, Louro Silvino agar merekrut penjaga gol muda untuk memberi
persaingan kepada Casillas, demikian laporan The Daily Star.
Real juga kini sedang memantau pemain Real Zaragoza berusia 26 tahun, Roberto dan Fernandez Andres, 25, dari Osasuna.
Schmeichel, 25, telah dipilih sebagai pemain Leicester terbaik musim pada kempen lepas.
Penjaga gol Denmark Bawah-21 itu memulakan kerjayanya di Manchester
City dan membuat debut liga secara pinjaman di Darlington pada 2006.
Schmeichel sebelum ini pernah mempunyai tempoh di Notts County dan Leeds sebelum menyertai Leicester pada 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan