Pengurus Stoke City, Tony Pulis menyatakan hasrat untuk
memperkenalkan falsafah baru permainan perancangan dan penguasaan bola
untuk memenangi perlawanan berbanding bergantung kepada kekuatan fizikal
pemain dari hantaran jauh dan set-pieces.
Pengurus the Potters memberitahu beliau sedia untuk "mengubah"
stail apsukannya untuk permainan yang lebih lincah, hantaran pantas
tanpa menjejaskan kepantasan perubahan dari pertahanan ke serangan.
Bercakap mengenai perubahan stail sebegini, Pulis menekankan
perlunya kesabaran kerana perubahan drastik tidak dapat dilakukan dalam
sehari dua.
"Kami cuba untuk berubah dan kami ada pemain yang lebih baik, tapi
kamu perlu ada keseimbangan dan tidak perlu terburu-buru," ujarnya.
"Kami tahu kami cuba untuk berubah untuk pasukan dapat bermain
lebih pantas di atas padang. Saya tidak pernah mengubah pandangan saya
mengenainya."
"Kami mahukan hantaran yang pendek dan pantas tapi di serata padang, bukannya ke belakang atau ketepi."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan