Pengurus AC Milan, Massimiliano Allegri mengkritik pengadil
Paolo Valeri berikutan kekalahan pasukannya kepada Inter di perlawanan
Serie A hujung minggu lalu.
The Rossoneri bolos di awal separuh masa pertama dan meskipun
bermain dengan kelebihan seorang pemain di sebahagian besar separuh masa
kedua, berikutan kad merah Yuto Nagatomo, mereka gagal mencari gol
penyamaan.
Allegri meletakkan kesalahan kepada kekalahan keempat pasukannya
musim ini kepada Valeri, yang beliau percaya melakukan banyak kesilapan
terhadap insiden yang "sangat jelas."
"Saya tak pernah membincangkan tentang pengadil. Tapi kali ini saya
perlu lakukannya. Pengadil buat kesilapan dalam perlawanan ini," ujar
Allegri.
"Di separuh masa pertama, dia melakukan kesilapan teknikal. Dia
meniup wisel untuk separuh masa 12 saat lebih awal. Kemudian ada
kekasaran pemain terakhir terhadap [Urby] Emanuelson yang telah
diberikan menentangnya."
"Di situ mungkin ada penalti untuk Robinho, kad merah Nagatomo
memang ketara kerana dia tidak boleh berikan kad kuning lagi untuk itu."
"Ini bukan alasan dan mungkin hari ini pengadil tidak bernasib baik tapi insiden ini sangat jelas."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan