Khamis, 18 Oktober 2012

Lisandro Sedia Untuk Perpindahan Ke Serie A


Lisandro telah lama menjadi sasaran the Viola


Penyerang Lyon Lisandro Lopez dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai Fiorentina bulan Januari ini.
 
Penyerang antarabangsa Argentina berusia 29 tahun itu telah lama menjadi sasaran the Viola namun tidak mengukuhkan minat tersebut sehinggalah sekarang. Akhbar Itali mendakwa bidaan  €11 juta mungkin disediakan untuk Lopez yang menyertai Lyon pada tahun 2009 dengan harga €24 juta.
 
Kehilangan Lopez akan berikan kesan besar kepada Lyon apatah lagi selepas kehilangan Hugo Lloris kepada  Tottenham pada musim panas lepas. Namun pengurus Remi Garde tidak terlalu bimbang dengan kemungkinan perpindahan itu.
 
''Saya tak bimbang sekarang...sekurang-kurangnya hingga 1 Januari [hari pembukaan jendela perpindahan], saya tiada maklumat lagi tapi saya tak terkejut melihat ada pasukan berminat dengan  'Licha', ujarnya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan