Robert Lewandowski enggan menandatangani kontrak baru dengan pasukan kendalian Jurgen Klopp meskipun ada laporan mengaitkan beliau dengan beberapa kelab lain.
Pemain antarabangsa Poland itu terikat kontrak dengan juara Jerman tersebut sehingga 2014 namun tindakan menolak tawaran kontrak baru menimbulkan spekulasi bahawa beliau sebenarnya mahukan kontrak baru yang bernilai €5 juta (£4 juta).
Walaupun nampak seperti mahu meninggalkan Borrusia Dortmund, pemain berusia 24 tahun itu menjelaskan beliau masih mahu mencapai satu persetujuan di the Westfalenstadion.
"Saya hanya akan fokus dengan BVB. Kontrak saya ada dua tahun lagi," jelas beliau.
"Kita akan lihat apa berlaku selepas ini. Saya tak tergesa-gesa. Ejen saya dan saya akan berbincang dengan lebih lanjut bersama Borussia."
Penyerang yang menjaringkan gol kemenangan 1-0 Dortmund ke atas Ajax di Liga Juara-juara, dilihat mahukan kontrak yang meletakkannya setara dengan rakan sepasukan Marco Reus dan Mario Gotze, namun dilaporkan hanya ditawarkan kenaikan gaji €3.3 juta berbanding gajinya ketika ini, €1.5 juta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan