Khamis, 18 Oktober 2012

Taarabt Mohon Lebih Masa


Adel Taarabt rayu kesabaran di QPR


Adel Taarabt merayu untuk kesabaran di Queens Park Rangers dengan alasan kumpulan pemain baru kelab memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris.
 
QPR yang dibimbing Mark Hughes berada di tangga tercorot liga dengan hanya dua mata dari tujuh perlawanan namun Taarabt memberitahu bahawa ia bukan saja mengenai pembelian musim panas tapi kuantiti pemain tersebut yang datang dari luar negara dengan tiada pengalaman aksi di Liga Perdana Inggeris.
 
Taarabt, yang memulakan kariernya di Lens, memberikan rujukan khusus tentang pemain seperti Esteban Granero yang perlu membiasakan diri dengan stail permainan hantaran yang berbeza.
 
"Kami ada ramai pemain, ia benar," ujar Taarabt. "Tapi kami ada pemain luar yang masih belum menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris."
 
"Untuk Esteban [Granero], dia cuba memastikan bola di bawah dan bermain dengan cara begitu – tapi ia sukar dan kami perlukan masa."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan