Pemain pertahanan Torino, Angelo Ogbonna memberitahu beliau
gembira dikaitkan dengan Liverpoool dan enggan menolak kemungkinan
perpindahan.
Ogbonna, 24, ada kempen yang menarik musim lepas, membantu
pasukannya kembali ke Serie A dan turut mendapat tempat dalam skuad
Kejohanan Eropah 2012 Itali.
Dan selepas laporan mengatakan beliau diminati oleh Manchester
United, pandangannya kini terarah kepada Liverpool – dan ia
menggembirakan dirinya.
"Memang menggembirakan untuk dikaitkan dengan kelab bola sepak
Liverpool, antara kelab terbesar di dunia. Ia sangat masyhur," ujarnya.
"Bagaimanapun, kontrak saya bersama Torino berakhir pada tahun 2016
dan saya menyukai Torino sebagai sebuah kelab. Tapi anda tak pernah
akan tahu."
Ogbonna telah diketepikan dari skuad Itali untuk perlawanan
kelayakan Piala Dunia menentang Armenia dan Denmark, kerana kecederaan.
Pengurus Itali, Cesare Prandelli masih belum mengumumkan penggantinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan