Selasa, 4 September 2012

'Masalah kami belum selesai'


Ancelotti puji pasukan selepas tewaskan Lille 2-1.

Pengurus Paris Saint-Germain, Carlo Ancelotti memuji pasukannya selepas kelab mengutip kemenangan pertama mereka musim ini dengan menewaskan Lille 2-1.
 
Bekas pengurus Chelsea dan AC Milan itu mendedahkan bahawa ketika beliau yakin tidak semua masalah pasukan telah diselesaikan, mereka telah mengambil jalan yang betul dengan menewaskan pesaing liga mereka.
 
"Bahagian pertahanan tersusun baik, sikap yang bagus, serangan yang menarik dan bakat fantastik Ibrahimovic," ujar pengurus dari Itali itu.
 
"Ia kemenangan penting, kami menang ke atas pasukan kuat. Kami bermain dengan laju dengan permulaan perlawanan yang sangat bagus.
 
Selepas menjaringkan gol, ia lebih mudah untuk mengawal. Kami berkerja-keras di bahagian pertahanan, kami banyak menggunakan tenaga dan separuh masa kedua tempoh yang lebih sukar.
 
"Untuk membina sebuah pasukan yang kami inginkan bukannya mudah. Kini saya tak fikir semua masalah telah diselesaikan.  Sudah tentu kemenangan ini akan berikan kami lebih keyakinan."
 
"Kami boleh menggunakan pasukan ini dan kemenangan ini untuk membina sebuah pasukan yang lebih baik. Ibrahimovic ada perlawanan yang bagus, bukan hanya beliau menjaringkan gol. Marco [Verratti] masih muda. Saya menggantikannya kerana dia mendapat kad kuning. Dia bermain sangat baik, begitu yakin – ada masanya terlebih yakin."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan