Selasa, 4 September 2012

Villa-Boas;Dawson akan jadi bagus di Tottenham


Andre Villas-Boas berikan sokongan kepada Michael Dawson

Pengurus Tottenham, Andre Villas-Boas menyokong Michael Dawson untuk memberikan yang terbaik selepas disenaraikan dalam pasukan utama Spurs.
 
Bekas pemain pertahanan Nottingham Forest itu telah diberikan jawatan kapten pasukan pada musim panas ini berikutan persaraan Ledley King namun menjadi pemain yang paling diinginkan oleh QPR sehingga penutup jendela perpindahan lepas.
 
Bagaimanapun ia gagal dilaksanakan dan Villas-Boas kini menyatakan keyakinannya bahawa pemain berusia 28 tahun itu masih boleh berjuang untuk tempat dalam kesebelasan utama apatah lagi dengan Younes Kaboul yang mengalami kecederaan jangka masa panjang.
 
"Kami telah berbual. Ada persaingan amat sengit untuk posisi pertahanan tengah," kata pengurus muda Portugal ini.
 
"Pembedahan Younes akan mengenepikannya untuk tiga hingga empat bulan dan ia terpulang kepada Michael untuk bersaing."
 
"Saya pasti dia akan jadi bagus. Dia pemain yang sangat profesional dan kapten kelab. Dia kini tidak sabar untuk kembali ke dalam pasukan."
 
Dawson menyertai kelab utara London ini dari Forest pada tahun 2005 dan telah membuat 242 penampilan untuk pasukan dalam semua kejohanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan