Cristiano Ronaldo enggan menyambut golnya yang ke 150 untuk Real Madrid malam Ahad lalu, memberikan alasan "isu profesional" sebagai sebab beliau tidak gembira bersama kelab.
Ronaldo menjaringkan dua gol semasa menewaskan Granada 3-0 di Santiago Bernabeu namun nampak kecewa apabila digantikan dengan Gonzalo Higuain di minit ke 63. Meskipun menjaringkan gol ke 150 dari 149 penampilan untuk Los Merengues, Ronaldo kemudian mendedahkan isu di antara beliau dan kelab.
"Saya kecewa kerana isu profesional dan kelab tahu kenapa. Itu sebabnya saya tak meraikan gol saya kerana saya tak gembira. Mereka [di kelab] tahu kenapa."
"Ia tiada kena mengena dengan Andres Iniesta [memenangi anugerah UEFA Pemain Terbaik Eropah]. Saya tak mahu bercakap mengenai perkara
ini lagi dan saya akan berikan tumpuan kepada Portugal sekarang. Ada perkara lain yang lebih penting [dari perkara ini]."
"Mereka di kelab tahu mengenainya. Saya tak boleh kata apa-apa lagi."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan