Rabu, 24 Oktober 2012

Smalling dan Jones hampir kembali


Pemain berbakat, Phil Jones tawarkan Man United kualiti dan versatiliti.


Pemain Manchester United, Chris Smalling dan Phil Jones ada dua atau tiga minggu lagi sebelum kembali bersama skuad utama, demikian menurut Sir Alex Ferguson.
 
Dua pemain bek antarabangsa England itu masih belum bermain musim ini ketika krisis kecederaan pertahanan Manchester United berterusan, yang turut menyaksikan ketiadaan Nemanja Vidic.
 
Smalling mengalami patah metatarsal manakala Jones menjalani pembedahan pada lututnya tetapi Ferguson menyatakan bekas pemain Fulham itu akan kembali dalam latihan dan pembelian £16 juta dari Blackburn tersebut akan menyertainya.
 
"Chris berlatih (Isnin) pagi dengan (skuad simpanan jurulatih) Warren Joyce," kata Ferguson. "Dia telah berlatih di sana beberapa hari tetapi ia latihan tanpa sentuhan. Apa yang positif adalah dia pasti dalam laluan kembali. Saya jangka Phil Jones bermula Isnin depan dan kedua-dua mereka ada dua atau tiga minggu lagi."

Pulis Mahu Ubah Stail Stoke


Pengurus the Potters ini mahu mengubah stail permainan pasukan Stadium Brittania ini.


Pengurus Stoke City, Tony Pulis menyatakan hasrat untuk memperkenalkan falsafah baru permainan perancangan dan penguasaan bola untuk memenangi perlawanan berbanding bergantung kepada kekuatan fizikal pemain dari hantaran jauh dan set-pieces.
 
Pengurus the Potters memberitahu beliau sedia untuk "mengubah" stail apsukannya untuk permainan yang lebih lincah, hantaran pantas tanpa menjejaskan kepantasan perubahan dari pertahanan ke serangan.
 
Bercakap mengenai perubahan stail sebegini, Pulis menekankan perlunya kesabaran kerana perubahan drastik tidak dapat dilakukan dalam sehari dua.
 
"Kami cuba untuk berubah dan kami ada pemain yang lebih baik, tapi kamu perlu ada keseimbangan dan tidak perlu terburu-buru," ujarnya.
 
"Kami tahu kami cuba untuk berubah untuk pasukan dapat bermain lebih pantas di atas padang. Saya tidak pernah mengubah pandangan saya mengenainya."
 
"Kami mahukan hantaran yang pendek dan pantas tapi di serata padang, bukannya ke belakang atau ketepi."

Hitzlsperger Mahukan Kontrak Jangka Panjang Di Everton


Bekas pemain antarabangsa Jerman ini berharap dapat memanjangkan kontraknya.


Thomas Hitzlsperger merayu untuk dapat memberikan peluang kenapa beliau berhak mendapat kontrak jangka masa panjang di Goodison Park kepada pengurus pasukan, David Moyes dan penyokong Everton.
 
Bekas midfielder Aston Villa dan West Ham itu menjadi ejen bebas selepas dilepaskan oleh kelab Bundesliga, Wolfsburg pada musim lepas dan menandatangani kontrak jangka pendek sehingga Januari nanti pada hari Jumaat lepas.
 
Bagaimanapun midfielder berusia 30 tahun itu telah pun menetapkan sasaran untuk memanjangkan tempohnya bersama kelab.
 
"Terlebih dahulu segala fokus saya tertumpu kepada jangka masa pendek," kata bekas pemain antarabangsa Jerman ini.
 
"Tidak ada banyak perlawanan dari sekarang hingga Januari tapi saya mahu kekal melepasi bulan Januari ini kerana saya begitu gembira di sini."
 
"Saya fikir ia berada dalam tangan saya. Saya akan mendapat banyak peluang untuk menunjukkan apa yang boleh saya lakukan semasa latihan dan harapnya saya akan mendapat banyak perlawanan dan dapat membuktikan kepada pengurus ia berbaloi untuk mengekalkan saya selepas Januari. Itu sebabnya saya akan berusaha dengan begitu gigih."
 
Hitzlsperger memberitahu beliau gembira dapat kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas mengalami kekecewaan tersingkir divisyen bersama West Ham di musim 2010-11.

Zidane nafi perselisihan dengan Mourinho


Zinedine Zidane mahu menguruskan Perancis suatu hari nanti.


Pengarah sukan Real Madrid, Zinedine Zidane menafikan khabar angin dia tidak boleh bertentang mata dengan bos kelab, Jose Mourinho.
 
Bekas midfielder Real itu menyertai kelab dalam peranan semasa pada bulan Julai 2011 tetapi kini kurang interaksi harian bersama skuad utama.
 
Laporan Marca bulan lalu menyebut bahawa Zidane tidak gembira kerana diketepikan Mourinho, bagaimanapun dia menafikan dakwaan tersebut.
 
"Saya tiada masalah dengan Mourinho," kata Zidane. "Sebaliknya, saya belajar banyak daripada dia."
 
Bekas pemain antarabangsa Perancis itu turut menjelaskan alasannya tidak berada di sekitar kem latihan Valdebebas kelab setiap hari kerana dia bersedia untuk menjadi jurulatih yang berkelayakan.
 
"Di Real saya belajar tentang kelab hebat," katanya. "Semangat saya adalah untuk berada di padang setiap hari agar saya boleh putuskan kembali ke Perancis untuk belajar. Saya belajar untuk menjadi jurulatih yang hebat. Saya yakin cara untuk menjadi seorang jurulatih yang hebat hari ini adalah dengan menjadi pengurus hebat di bilik persalinan. Itu adalah asas."

Atletico Madrid Mahu Sediakan 12juta pound Untuk Hernandez


Hernandez hanya memulakan satu perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.


Atletico Madrid mengharapkan penyerang Manchester United, Javier Hernandez dapat mengisi tempat Radamel Falcao sekiranya beliau pergi seperti yang dijangkakan pada Januari nanti.
 
Falcao, 26, menjadi penyerang paling diburu di Eropah dan Chelsea, Paris Saint-Germain dan  Manchester City sedang bersaing untuk memenuhi klausa penjualannya sebanyak £46 juta di jendela perpindahan seterusnya.
 
Pemain Colombia itu telah pun menyatakan keinginan untuk meninggalkan kelab ibu negara Sepanyol tersebut dan Atletico berharap dapat membawa Hernandez sebagai penggantinya.
 
Pemain Mexico berusia  24 tahun itu tiba di England dengan harga sekitar £7 juta pada tahun 2010 dan walaupun membuat impak segera di kelab, beliau ketinggalan di belakang Wayne Rooney, Danny Welbeck dan ketibaan musim panas, Robin van Persie dalam pemilihan pemain di Old
Trafford musim ini.
 
Hernandez – yang menjaringkan 20 gol dalam kempen debutnya di United serta memulakan final Liga Juara-juara – hanya memulakan satu perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini serta menjaringkan satu gol dari tujuh penampilannya.
 
Fiorentina juga berminat membuat pembelian Januari untuk pemain dengan nama gelaran 'Chicarito' ini namun hanya mampu membayar £8 juta dan pasti diketepikan sekiranya Atletico memiliki wang hasil penjualan Falcao.

Saya boleh bermain di bek kiri


Remaja Sepanyol ini yakin dengan kebolehannya.


Bek Real Madrid, Nacho berkata dia bersedia untuk melangkah ke skuad utama bagi pertembungan Sabtu ini menentang Celta Vigo.

Kelab gergasi Sepanyol itu telah kehilangan beberapa pemain akibat kecederaan yang meningkat semasa rehat antarabangsa, termasuk Marcelo, Fabio Coentrao dan Alvaro Arbeloa.

Jurulatih, Jose Mourinho mempunyai beberapa pilihan apabila pasukannya menjadi tuan rumah kepada OS Celestes hujung minggu ini dan dia mungkin terpaksa beralih kepada Nacho, 22.

Pemain Castilla tersebut secara rasminya menjadi sebahagian daripada skuad utama musim ini tetapi masih belum bermain di La Liga tahun ini. Walau bagaimanapun, dengan pilihan skuad utama tiada, remaja berkeyakinan tinggi ini percaya ini adalah peluang untuk membuktikan dirinya.

"Saya berlatih sepanjang tahun bersama skuad utama, jurulatih kenal saya dan saya bekerja keras, jadi apabila saya dapat peluang untuk buktikan diri, saya akan lakukannya. Saya dah habiskan banyak masa dengan skuad utama dan saya ada motivasi yang betul," demikian kenyataannya yang dipetik oleh Marca.

Kebiasaannya beraksi di bek tengah, Nacho yang berkaki kanan tidak ragu-ragu bermain di bek kiri, kedudukan di mana dia sebenarnya membuat debut untuk Real pada musim pertama Mourinho di kelab.

"Saya bermain di tengah, tapi saya juga banyak kali bermain di belakang. saya tak mempunyai masalah bermain di mana-mana yang jurulatih mahu saya. Saya tangan kanan, bagaimanapun, saya masih boleh bermain di sisi kiri," katanya membuat kesimpulan.

Guiseppe Rossi Berbincang Perpindahan ke Inter


Penyerang Itali ini berehat hampir setahun kerana kecederaan ligamen lutut.


Giuseppe Rossi mengakui mungkin berminat dengan perpindahan Januari ke Inter.
 
Penyerang Villarreal itu telah menghabiskan 12 bulan lepas di tepi padang berikutan dua kecederan ligamen lutut berturut-turut.
 
Dan meskipun nampak menolak perpindahan ke Roma, proses pemulihan bersama the Nerrazurri nampaknya menjadi imaginasi pemain antarabangsa Itali tersebut.
 
"Sasaran saya ialah untuk kembali ke padang di Sepanyol, Itali atau pun tempat lain," kata Rossi.
 
"Ia tidak benar yang saya akan menjalani pemulihan saya di Roma tapi saya rasa positif mengenai lutut saya. Inter? Siapa yang tidak mahu bermain di situ? Mereka adalah pasukan yang saya gemari, dengan projek yang ada skop untuk kemajuan."